Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pecut Lari Dari Polis: Lelaki, Teman Wanita Calon SPM Dipercayai Mahu Buat Aksi Intim Dalam Kereta

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditahan bersama teman wanitanya pada Isnin lalu dipercayai mahu melakukan aksi intim dalam kereta sebelum kehadiran anggota unit peronda polis (MPV).

Menurut laporan BH Online, suspek lelaki berusia 20-an bersama teman wanitanya,  calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan sekitar jam 3 petang selepas kereta yang dipandunya memecut laju untuk mengelak pemeriksaan selain berlaku pergelutan dengan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, ketika insiden berlaku, suspek baru mengambil teman wanitanya dari sebuah sekolah sebelum meletakkan kereta di tepi jalan.

“Ia dipercayai untuk melakukan hubungan seks dalam kereta, namun kemudian terkejut dengan kehadiran pihak polis yang sedang melakukan rondaan.
“Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Sebelum itu, Kamarulzaman berkata, suspek ditahan reman empat hari mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam melaksanakan tugas dan memandu secara berbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Reman suspek tamat hari ini sebelum permohonan sambung reman dibuat berhubung kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” ujarnya.

Semalam, Polis Daerah Jeli menerusi laman Facebook berkongsi satu video rakaman papan pemuka MPV memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi memandu secara berbahaya selepas enggan memberi kerjasama ketika anggota polis mahu membuat pemeriksaan.

Sumber: BH Online (Nor Fazlina Abdul Rahim), Facebook Polis Daerah Jeli

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd