Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pearly-Thinaah Kekal Bawah BAM Hingga Sukan Olimpik LA 2028

Pearly-Thinaah kekal bawah BAM

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah telah mengesahkan kekal bersama skuad kebangsaan apabila dipercayai sudah mencapai kata sepakat menandatangani kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pearly-Thinaah kekal bawah BAM

Pearly-Thinaah kekal bawah BAM

Foto: Badminton News

Memetik laporan Berita Harian, rundingan antara kedua-dua pihak sudah ditetapkan dan pasangan nombor tiga dunia itu dijadualkan memperbaharui kontrak itu hujung minggu ini sebelum kedua-duanya berlepas ke Tokyo bagi menyertai Terbuka Jepun dari 15 hingga 20 Julai.

Kontrak itu akan meletakkan beregu ini kekal bersama BAM hingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Terdahulu, karier Pearly-Thinaah dalam skuad kebangsaan menjadi tanda tanya setelah mereka masih belum memperbaharui kontraknya yang telah tamat pasa Disember lalu.

Pearly-Thinaah kekal bawah BAM

Foto: NST

Dalam pada itu, Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini memberitahu isu kontrak pasangan ini akan ditentukan sebelum kedua-dua pemain itu berlepas ke Jepun.

Difahamkan setelah tamat Terbuka Jepun, mereka dijadualkan akan menyertai Terbuka China dari 22 hingga 27 Julai sebelum turun beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris dari 25 hingga 31 Ogos depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kontrak Pearly-Thinaah Dijangka Muktamad Sebelum 15 Julai – Tengku Zafrul

Untuk rekod,  gandingan ini mempamerkan aksi cemerlang setelah merangkul satu gelaran di Terbuka Thailand dan muncul naib juara Terbuka Indonesia, selain mara ke separuh akhir Masters Malaysia dan suku akhir Terbuka Singapura.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Lokal

Jabatan Mufti Perak menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi awal mengenai penetapan tarikh 1 Syawal 1447 Hijrah. Ia susulan kekeliruan berhubung kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd