Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pasukan Malbatt Di Lubnan Dalam Keadaan Selamat – Khaled

Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang bertugas di Lubnan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kehilangan nyawa atau kerosakan aset susulan serangan rejim zionis di selatan negara tersebut.

Foto: Kosmo!

Menurut laporan Malaysia Gazette, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa semua pasukan di bawah UNIFIL, termasuk MALBATT 850-11 telah diarahkan untuk menghentikan operasi rondaan dan pergerakan logistik buat masa ini.

Markas UNIFIL telah mengaktifkan prosedur perlindungan bunker sebagai langkah keselamatan sehingga keadaan kembali terkawal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mengambil kira keselamatan petugas, Markas UNIFIL telah mengaktifkan perlindungan di dalam kubu (bunker drill) mengikut prosedur yang telah ditetapkan sehingga keadaan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata, pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Anggota Pertahanan Malaysia (ATM) terhadap keadaan di Selatan Lubnan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Penarikan balik anggota pasukan ke Malaysia akan bergantung kepada kelulusan UNIFIL berdasarkan penilaian tahap keselamatan dan ancaman di kawasan tersebut,” ujarnya.

Konflik di Lubnan semakin teruk apabila Israel melancarkan siri serangan udara paling ganas dalam sejarah negara itu sejak 23 September lalu.

Dalam perkembangan terbaru, seramai 50 orang dilaporkan terkorban dan 156 cedera akibat serangan udara Israel ke atas pelbagai kawasan di Lubnan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: MalaysiaGazette (Shawaliah Hadir)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd