Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Papa Zola The Movie Atasi Filem Antarabangsa, Kutip RM26.6 Juta Dalam Tempoh 11 Hari

Filem animasi tempatan, Papa Zola The Movie mencipta kejutan apabila berjaya mengatasi beberapa judul antarabangsa terkenal sekali gus mendominasi carta pawagam tempatan.

Menurut laporan Kosmo!, dalam tempoh hanya 11 hari tayangan, filem berkenaan mencatat kutipan memberangsangkan sebanyak RM26.6 juta, sekali gus menduduki tangga teratas carta Top 10 GSC, meninggalkan jauh filem antarabangsa seperti Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2.

papa zola

Kejayaan itu membuktikan karya animasi tempatan mampu bersaing, malah mengungguli pasaran yang sebelum ini sering dikuasai produksi luar negara.

Artikel lain: Papa Zola The Movie Cipta Fenomena, Kutipan Lepasi RM10 Juta Selepas Empat Hari Tayangan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarah Papa Zola The Movie, Nizam Abdul Razak berkara, musim cuti persekolahan menjadi antara faktor utama untuk mendorong kehadiran penonton ke pawagam bersama keluarga.

“Kami amat bersyukur apabila Papa Zola The Movie menjadi pilihan utama aktiviti percutian keluarga. Sambutan hangat ini lebih bermakna kerana ia datang daripada perkongsian pengalaman penonton sendiri,” katanya.

papa zola

Menurutnya lagi, fenomena ‘demam kebenaran’ yang tercetus menunjukkan sokongan secara organik terhadap filem tempatan masih kukuh dan mampu menarik lebih ramai penonton untuk menghargai hasil karya anak tempatan.

Papa Zola The Movie mengisahkan perjuangan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyara keluarga kecilnya. Keadaan bertambah rumit apabila dia bertemu semula rakan lamanya daripada sebuah organisasi rahsia dikenali sebagai P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).

Situasi menjadi genting apabila anaknya, Pipi diculik makhluk asing, memaksa Papa Zola bersama isterinya, Mama Zila bertindak pantas demi menyelamatkan keluarga mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

papa zola

Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia turut dijadualkan menembusi pasaran antarabangsa bermula Januari depan di Indonesia, diikuti India dan Vietnam.

Selain itu, filem berkenaan akan memasuki pasaran Timur Tengah termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turkiye pada April 2026.

Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd