Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas ragut tiga nyawa: Ibu hamil & kandungan selamat

Semalam, berlakunya sebuah kemalangan maut di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabur, berhampiran Hentian Sebelah Bandar Cheneh Baru, Terengganu.

Ragut tiga nyawa, ibu hamil & anak angkat selamat

Nahas tersebut telah meragut nyawa tiga beranak, Ammir Hussein Mohamad, 38, serta dua anaknya, Ammzar Husszair Al Hussein Ammir Hussein, 4, dan Ammzar hussnayan Al Hussein Ammir Hussein, setahun.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, isteri mangsa yang sarat hamil tujuh bulan, Norhafizah Sazwa Harun, 38, itu selamat dan mengalami kecederaan lalu dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Bukan itu sahaja, anak dalam kandungan Norhafizah Sazwa juga dilaporkan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Norhafizah Sazwa yang mengandung itu cedera di bahagian perut dan seorang anak angkatnya, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Kemaman.
“Ammir Hussein yang tersepit di tempat duduk penumpang depan maut di tempat kejadian sementara dua anaknya itu disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman,” katanya.

Jantung anak dalam kandungan terhenti seketika

Memetik laporan Sinar Harian, kakak sulung mangsa, Norhidayah Salmi Harun, 42, menceritakan jantung anak dalam kandungan adiknya terhenti seketika semasa pemeriksaan oleh doktor di hospital pada jam 10 malam.

Bagaimanapun, Norhidayah meluahkan rasa syukur kerana semuanya dalam keadaan selamat meskipun adiknya kehilangan suami dan dua orang anak semasa kejadian.

“Alhamdulillah… syukur kepada ALLAH kerana anak dalam kandungan itu masih selamat.
“Ketika kejadian, adik saya yang memandu kereta terlibat kemalangan sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian perut.
“Saya bersyukur adik dan anak dalam keadaan baik meskipun ini ialah ujian terbesar buatnya apabila kehilangan suami dan dua orang anak semasa kejadian,” katanya.

Adik masih terkejut

Norhidayah berkata, adiknya masih terkejut dan berada dalam keadaan trauma akibat tragedi tersebut. Malah, dia juga masih teringat akan arwah anak-anaknya.

“Sebab sudah kebiasaan pada waktu pagi anaknya yang berusia empat tahun itu selalu beri kejutan pada dia beritahu ‘abang dah gosok gigi’ dan sebagainya.
“Rutin harian dan perkara seperti itu membuatkan adik saya masih lagi teringat-ingatkan arwah anaknya,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian ( Nurfardlina Izzati Moktar) , Harian Metro (Rosli Ilham)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd