Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Yang Dipertuan Agong Berkenan Kurnia Biasiswa Kepada 14 Penuntut IPT

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kurnia Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 kepada 14 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Rabu.

Memetik laporan Bernama, tujuh daripada penerima berkenaan adalah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) manakala tujuh lagi pada peringkat sarjana (penyelidikan).

 Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT

Foto: The Sun

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan dua penerima biasaiswa itu bakal melanjutkan pengajian di universiti terkemuka luar negara manakala 12 lagi akan meneruskan pengajian di universiti penyelidikan tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penuntut yang menerima biasiswa bagi peringkat PhD ialah Nadrahtul Aqilah Mohd Yahya (Imperial College London – Fizik), Alyssa April Dellow (Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Data Sains), Muhammad Aiman Mohd Sukiman (Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Persekitaran).

Penerima lain ialah Toh Shek Man (Unibersiti Putra Malaysia (UPM) – Cancer Pharmacology), Avinash Kumaresan (UKM – Nanoteknologi), Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim (UTM – Undang-undang) dan Jankin Abd Rahman (UPM – Ekonomi).

Sementara itu, bagi penerima BYDPA peringkat sarjana pula ialah Ahmad Qayyum Fikri Ahmad Jazimin (UPM – Computer Vision AI), Nur Addina Mohamad Rosli (UPM – Pemakanan), Jeyrubini Ramesh (USM – Molecular Omics Technology) dan Nasihah Mohd Zahid (USM – Nanoteknologi)

Selain itu, penerima lain peringat sarjana ialah Adam Fansuri Achdiat Mahpha Fansuri (Imperial College London – Bioinformatics & Biocomputing), Muhammad Izzuddin Abdullah (UM – Biokimia) dan Nur Fatin Fitriah Nordin (UPM – Machine Learning).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata biasiswa berprestij yang mula diperkenalkan pada 2006 menaja calon berprestij tinggi dalam akademik dan bukan akademik.

“Setakat 2024, sebanyak 19 sesi penawaran dilaksanakan dengan 212 warganegara Malaysia menerima penajaan BYDPA iaitu 107 orang pada peringkat PhD dan 105 peringkat sarjana,” katanya.

Tambah beliau, ia melibatkan pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang, Kewangan Islam manakala penambahan pada tahun ini dalam bidang Kecerdasan Buatan.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd