Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wisma Putra Ambil Maklum Dakwaan MyKad, Lesen Malaysia Ditemui Di Zon Perang Ukraine

Kementerian Luar pada Selasa mengambil maklum mengenai dakwaan terdapat MyKad dan lesen memandu Malaysia telah ditemui di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Namun, Wisma Putra belum dapat mengesahkan kesahihan tentang gambar tular menunjukkan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu milik rakyat Malaysia yang dilaporkan ditemui di medan perang Ukraine-Russia.

Memetik laporan Malaysiakini, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat.

Foto: X @Zlatti_71

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Maklumat itu juga telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk pengesahan.
“Kami dengan hormatnya memohon pihak media dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi,” menurut kenyataan itu.

Foto: X @Zlatti_71

Kementerian Luar juga menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri ketika di luar negara.

“Keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah tanggungjawab individu masing-masing.
“Walaupun Pejabat Perwakilan Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang memerlukan, adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri,” ujarnya.

Foto: X @Zlatti_71

Sebelum ini, tular sekeping gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia didakwa ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laporan itu mendakwa dokumen itu ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Terdapat juga dakwaan di media sosial bersama gambar-gambar itu, mendakwa ia milik seorang rakyat negara ini yang tidak dapat dipastikan statusnya sama ada terbunuh atau ditahan tentera Russia.

Berdasarkan pemerhatian ke atas salah satu gambar yang tular, lesen memandu itu milik seorang individu beralamat di sebuah negeri di utara Semenanjung dan ia sah sehingga Februari 2025.

Pada Januari lalu, media pernah melaporkan ada rakyat Malaysia didakwa menjadi askar upahan Russia dalam perang Russia- Ukraine, bagaimanapun ia dinafikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Sementara itu, Razarudin berkata, pihak polis juga sedang menyemak kesahihan maklumat terbabit.

“Buat masa ini PDRM sedang menyemak sama ada ia benar atau sebaliknya dan kita juga berhubung dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan maklumat,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd