Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selamatkan Mangsa Bot Terbalik Di Teluk Batik, Wira TLDM Terima Pingat JPP Daripada Agong

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak.

Wira TLDM  terima pingat atas tindakan berani 2 tahun lalu

Memetik laporan daripada Bernama, Mohd Firdaus telah terjun ke laut, berenang pantas ke arah bot pelancong yang terbalik demi menyelamatkan 15 nyawa ,termasuk dua anak kecil yang menangis ketakutan.

Wira TLDM terima pingat, selamatkan 15 nyawa di Teluk Batik

Insiden cemas yang berlaku di Pantai Teluk Batik, Perak pada Ogos 2023 itu kembali jadi perhatian apabila Mohd Firdaus, Pegawai Laksana KD Sri Indera Sakti, menjadi penerima tunggal Bintang Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.

“Bagi saya, ini juga adalah pengiktirafan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya. Saya juga dedikasikan anugerah ini kepada keluarga saya… ketika insiden itu berlaku, isteri dan anak saya turut berada di tempat kejadian,” katanya.

Kongsi kisah yang terjadi

Wira TLDM itu yang sedang beriadah bersama keluarga ketika kejadian menyatakan dia tergerak menyelamatkan mangsa sebaik isterinya menjerit melihat bot hampir terbalik sebelum bot berkenaan karam kurang daripada seminit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanpa ragu, beliau berenang dari pantai, hulurkan jaket keselamatan dan bantu pakaikan kepada dua anak Mohammad Hafiz Johari.

Masih kekalkan hubungan baik dengan keluarga mangsa

Walaupun 15 penumpang diselamatkan termasuk dua kanak-kanak, isteri Mohammad Hafiz disahkan meninggal dunia selepas terperangkap di bawah bot.

walaupun sudah dua tahun berlalu, insiden itu meninggalkan kesan mendalam malah sehingga kini, beliau masih berhubung dengan keluarga Mohammad Hafiz.

“Saya juga baru sahaja berjumpa dia dan anak-anak di Langkawi semasa LIMA (Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi) baru-baru ini… saya bawa mereka melawat sekitar kapal dan sepanjang program itu.
“Saya kekalkan silaturahim sebab saya masih teringat macam mana keadaan anak-anak dia waktu itu… menjerit, menangis dan minta tolong… saya bayangkan mereka itu macam anak saya sendiri,” katanya.

Wira TLDM

Artikel lain: Bot TLDM Hilang Kawalan, Rempuh Bot Pelancong Ketika Latihan LIMA’25

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam insiden yang berlaku pada 2023, isteri Hafiz, Nurul Afiqah Abdullah Sani meninggal dunia, manakala selebihnya terselamat hasil tindakan pantas dan berani Mohd Firdaus, wira sebenar di laut terbuka.

Sumber: Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia, Bernama

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd