Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Maut Tercampak Dari Van Di KESAS, Pemandu Melarikan Diri

Seorang wanita maut tercampak dari sebuah van dalam insiden mengejutkan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran kawasan R&R Awan Besar, menghala ke Petaling Jaya petang tadi.

Wanita Maut Tercampak

Wanita  maut tercampak ke luar van, pemandu larikan diri

Memetik laporan dari Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.35 petang dan disaksikan oleh seorang lelaki yang terus menghubungi talian kecemasan MERS 999 selepas melihat tubuh mangsa tercampak keluar sebelum van yang dinaikinya melarikan diri dari lokasi.

Wanita maut tercampak dari van, suspek dipercayai suami sendiri

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, mangsa yang beralamat di Menglembu, Ipoh, Perak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang dipercayai suaminya sebelum mangsa tercampak keluar dari kenderaan. Namun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel lain: Kehilangan Pamela: Suami Antara 16 Individu Dirakam Keterangan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat wanita berusia 44 tahun itu telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat. Kes kini dalam siasatan lanjut pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan suspek terlibat.

Dalam pada itu, Aidil dalam kenyataan kepada Harian Metro pula mengesahkan bahawa wanita yang maut tercampak dari van terbabit bukanlah Puan Sri Pamela Ling yang dilaporkan diculik lelaki dan wanita yang memakai ves serta seragam polis ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu.

Sumber: Buletin TV3, Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Lokal

Kemalangan tragis meragut nyawa pasangan suami isteri yang juga pemilik kedai emas Mimiey D’Jewels di Pekan, Pahang, apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd