Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Dituduh Pecahkan Pasu Selepas Check-Out, Mujur Video Ibu Mentua Jadi Penyelamat!

Bayangkan baru pulang dari percutian indah bersama keluarga, tiba-tiba menerima mesej daripada tuan rumah inap yang menuduh anda merosakkan hiasan dalam rumah dan perlu membayar ganti rugi.

Dituduh pecahkan pasu

Itulah pengalaman yang dikongsikan oleh pengguna Threads, @hazwanielaaaa, yang kini tular selepas dia menceritakan detik mencemaskan ketika menginap di sebuah rumah inap baru-baru ini.

Menurut Hazwani, kejadian berlaku selepas dia dan keluarganya selesai mendaftar keluar dari rumah tersebut. Tidak lama kemudian, dia menerima mesej daripada pemilik rumah yang mendakwa salah satu pasu hiasan di dalam unit berkenaan telah retak.

pasu

Foto: Threads @hazwanielaaaa

“Hai, boleh saya tahu apa yang berlaku. Sebab pihak pembersih kami telah memeriksa unit sebelum daftar masuk dan selepas daftar keluar, dan kami dapati barangan itu telah rosak.
Oleh sebab itu, kami perlu menuntut bayaran sebanyak RM100 untuk menggantikannya,” tulisnya.

Artikel lain: Cari Kerja Di KL Tapi Disamun, Remaja Terharu Dibantu Pemilik Kedai Makan

Hazwani berkata, dia sangat terkejut dengan tuduhan itu kerana sepanjang tempoh penginapan, tidak berlaku sebarang insiden yang boleh menyebabkan kerosakan pada barangan rumah. Namun, pemilik rumah tetap bertegas mahu dia membayar pampasan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Awalnya dia minta RM100, lepas tu tawar jadi RM50. Tapi saya tetap rasa tak wajar sebab bukan kami yang pecahkan,” katanya.
pasu

Foto: Threads @hazwanielaaaa

Tidak berpuas hati, Hazwani cuba mengingati semula keadaan rumahdan pasu ketika mereka mula tiba. Ketika itu dia teringat bahawa ibu mentuanya sempat merakam keseluruhan keadaan rumah sebaik mereka sampai.

Setelah meneliti semula rakaman tersebut, ternyata pasu yang dimaksudkan masih dalam keadaan baik tanpa sebarang retakan.

“Awak nampak ke kesan pecah. Mak saya ambil video ni lepas sampai (rumah sewa). Anak perempuan saya umur tiga tahun, dia tak boleh nak capai pun,” balas Hazwani.
pasu

Foto: Threads @hazwanielaaaa

Selepas menerima rakaman itu, pemilik rumah akhirnya memaklumkan bahawa pihak mereka akan menyemak semula dan tidak lama kemudian, menghubungi Hazwani semula untuk memaklumkan bahawa dia tidak perlu membuat sebarang bayaran ganti rugi.

“Mujur mak mentua saya suka rakam keadaan rumah. Kalau tak, mungkin RM100 melayang begitu saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hazwani turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati setiap kali menginap di rumah inap atau pangsapuri servis.

“Siapa sejenis yang suka berjalan dan menginap di rumah sewa, pastikan rakam setiap sudut rumah bila sampai. Suka-suka je nak tuduh kita pecahkan pasu dia. Nasib baik la ibu mentua suka ambil video satu rumah,” jelasnya.
pasu

Foto: Threads @hazwanielaaaa

Perkongsian Hazwani di Threads itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakannya menyimpan bukti video.

Ramai turut menasihatkan supaya orang ramai menjadikan langkah tersebut sebagai amalan setiap kali menginap di mana-mana tempat bagi mengelakkan tuduhan tidak berasas daripada pemilik penginapan.

Sumber: Threads @hazwanielaaaa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd