Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita 45 Tahun Sanggup Tak Kahwin, Mahu Jaga Ibu Terlantar & Adik OKU

Sanggup tidak berkahwin meskipun usia sudah mencecah 45 tahun, seorang wanita yang dikenali sebagai Hazana Abd Hamid bertekad mahu menjaga ibu yang uzur serta adiknya yang menghidap cerebral palsy (CP).

Menurut laporan Berita Harian, dia memaklumkan tidak pernah berasa lelah untuk menjaga dua insan tersayangnya itu bagi memastikan mereka dijaga dengan rapi.

Difahamkan, dia sudah menjaga ibunya, Kamariah Daud yang berusia 88 tahun sejak 10 tahun lalu yang terlantar kerana kemalangan jalan raya dan adiknya, adiknya, Siti Zulaiha Abd Hamid, 30.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya lagi, kedua-dua mata ibunya sudah tidak dapat melihat dan kesihatan semakin melarat selepas diserang angin ahmar pada bulan lalu di bahagian badan belah kiri.

“Bagi meneruskan kehidupan, mek (panggilan untuk ibu) kini bergantung sepenuhnya kepada saya dan adik beradik lain kerana tidak mampu bergerak dan bercakap selain perlu disuapkan makan, minum dan dimandikan.
“Selagi mek masih bernafas adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Tambahnya lagi, dia menjaga Zulaiha dengan seikhlas hati tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak memandangkan adiknya itu menghidap CP sejak usia lima bulan.

Hazana turut memaklumkan dia akan bangun seawal 6.30 pagi untuk menguruskan kedua-dua insan tersebut sebelum memulakan kerjanya pembantu kedai.

“Pendapatan RM30 sehari hanya cukup untuk perbelanjaan harian kami sekeluarga, namun mujurlah adik memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan dan pada masa sama, ibu juga mendapat bantuan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) RM400 sebulan,” jelasnya lagi.

Untuk pengetahuan umum, jika ingin menyalurkan bantuan kepada Hazana boleh menghubunginya melalui talian 019-6997244.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Hazira Ahmad Zaidi)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Bisnes

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd