Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Video Promosi TMM 2026 Dibuat Semula Adalah Tindakan Wajar – Mohd Na’im

Tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuat semula video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) dianggap sebagai langkah yang wajar dan tepat.

TMM 2026

Foto: Sinar Harian

Semalam, menterinya Datuk Seri Tiong King Sing telah memaklumkan video TMM 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci untuk mempromosi setiap negeri dengan lebih baik.

Menurut Tiong, keputusan ini dibuat selepas meneliti video yang dilancarkan Selasa lalu dan mendapati beberapa penambahbaikan perlu dilakukan kerana ia memaparkan produk pelancongan secara bercampur aduk dan tidak disusun mengikut negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyatakan bahawa keputusan ini mengambil kira latar belakang semangat Perlembagaan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan selain kemajmukan masyarakat di Malaysia.

“Selain itu, sepertimana semua sedia maklum, institusi masjid dan surau menjadi imej serta identiti tonggak kepada Malaysia.

Artikel lain: JAWI Diarah Siasat Kegiatan Zikir Pelik Di Kawasan Perkuburan – Mohd Na’im

“Usaha untuk memperkukuh serta memartabat syiar Islam di Malaysia adalah keutamaan Kerajaan Madani yang sedang dilaksanakan dengan penuh giat oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah,” kata Dr Mohd Na’im.

Dr Mohd Na’im menjelaskan usaha pengukuhan Islam telah digerakkan secara bersepadu bersama semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa agama Islam Negeri, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Semua pihak adalah diseru untuk bersama-sama mengambil inisiatif memperkukuh perpaduan demi menjayakan agenda memajukan negara,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Syazrina Muhamad Tahir)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd