Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Untungnya Syuhada…”- Peminat Bertuah Dapat Peluk Ariel NOAH, Terima Bunga Mawar Putih

Tular sebuah video memaparkan seorang peminat wanita gembira apabila berpeluang naik ke pentas bersama Ariel NOAH sejurus menerima satu-satunya bunga mawar putih, semalam.

Menerusi hantaran tular, wanita tersebut menjadi penonton bertuah sebelum vokalis kumpulam NOAH, Ariel mendendangkan sebuah lagu berjudul Cinta Ini dalam suasana romantis.

Malah, lebih 5,000 penonton konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur yang berlangsung di Megastar Arena semalam menjadi saksi.

Lebih bertuah, Ariel juga dilihat memeluk wanita dikenali Syuhada di atas pentas dan menerima sorakan gemuruh di kalangan penonton yang hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Okey Syuhada. Ini lirik lagu yang saya buatkan, cuma buat kamu. 
“Lagu ini sudah ditulis tetapi masih belum menjumpai wanita yang bertuah untuk saya nyanyikan untuknya,” kata Ariel.
@orked.143

patut I kat atas stage tu..kan.. huwaaaaa 😭😭 #noahmenemanikukualalumpur2023 #arielnoah #noah #noahconcertinmalaysia

♬ original sound – S🌹 – S🌹

Wanita tersebut juga berpeluang untuk memeluk Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham  sebanyak dua kali di atas pentas, selain berpeluang berswafoto berdua.

Difahamkan,NOAH menghiburkan peminat dengan 24 buah lagu popular mereka seperti Mungkin Nanti, Di Atas Normal, Di Balik Awan, Yang Terdalam,

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: “Biasalah Perut Ibu-Ibu Suka Makan…”- BCL Nafi Hamil Anak Ariel NOAH

Artikel lain: Ramai Tergamam, Harga Tiket Konsert NOAH ‘Bagai Bintang Di Surga’

September lalu, ketika menjayakan Konsert The Great Journey Noah di Lembang, Bandung Barat, Indonesia, vokalis Noah, Ariel dilapor mengumumkan kumpulan muzik itu mahu berehat panjang, iaitu mengikut tempoh yang belum ditentukan.

Kemudian, Noah mempersembahkan lagu-lagu popular mereka seperti Separuh Aku, Menemaniku, Menunggumu, Ku Katakan Dengan Indah,  serta lagu malar segar ketika bersama Peterpan, Mungkin Nanti sebelum menutup tirai tepat jam 11 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada konsert tersebut, Ariel menghiburkan penonton dengan 24 buah lagu popular milik mereka seperti Mungkin Nanti, Di Atas Normal, Di Balik Awan, Yang Terdalam, Ada Apa Denganmu, Khayalan Tingkat Tinggi, Tak Bisakah, Bintang Di Syurga dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @orked.143

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd