Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Umno Lakukan ‘Pembersihan’ Termasuk Ahli Sabotaj Parti, Calon PRU15 – Zahid Hamidi

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mendedahkan dia bakal melakukan ‘pembersihan‘ secara besar-besaran terhadap individu yang pernah sabotaj parti dan calon ada pilihan raya umum lalu.

Menurut laporan Harian Metro, beliau turut memaklumkan kepada orang ramai supaya menunggu keputusan nasib Khairy Jamaluddin mengenai status keahliannya selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT, esok.

“Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy) secara individu tidak penting.
“Saya kata dalam Perhimpunan Agung (Umno) baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada Pilihan Raya Umum lalu dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri ketika pilihan raya diadakan.
“Bila besar-besaran itu maknanya adalah (pembersihan), mana yang belum terasa Insya-Allah esok malam akan terasa,” katanya.

Bukan itu sahaja, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri meminta agar media hadir pada esok hari untuk mengetahui senarai nama yang terlibat.

“Tidak boleh beritahu awal, kalau strategi dikongsi dengan wartawan, tidak lagi jadi strategi, saya harus embargo maklumat itu sehingga waktunya,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Bekas Ahli Parlimen Rembau itu telah mengkritik dengan lantangnya mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan bagi mengekalkan amalan sistem demokrasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Khairy juga pernah menarik perhatian netizen selepas dia mendakwa terdapat ‘perwakilan import’ ketika proses pengundian usul tambahan tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden pada Persidangan Agung Umno 2022.

Bagaiamanpun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairy dibidas oleh pimpinan parti berkenaan yang menafikan perkara tersebut tidak berlaku.

Sumber: Harian Metro (Irwan Shafrizan Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Politik

Undi Pos Belum Diputuskan! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pelaksanaan undi pos bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd