Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TV AlHijrah Buka Tirai Tahun Ini Dengan Pelbagai Program Bermanfaat

TV AlHijrah membuka tirai tahun ini dengan pengisian pelbagai program-program menarik dan bermanfaat buat penonton stesen televisyen itu.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata TV AlHijrah melabuhkan tirai 2023 dengan pelbagai kejayaan dan rekod terbaik yang berjaya dicapai.

“2023 menyaksikan TV AlHijrah kekal menjadi saluran Islamik nombor satu di Malaysia dengan peningkatan sebanyak 45% berbanding pada tahun sebelumnya.
“TV AlHijrah berada di kedudukan top 5 daripada semua saluran semasa kempen #PalestinKembali diadakan lantas menjadikan prestasi TV AlHijrah pada masa ini yang paling tinggi sejak penubuhannya 13 tahun lalu.
“Selain itu, stesen ini melalui data AC Nielsen menjadi pilihan utama penonton sepanjang Ramadan, Syawal, Haji, Awal Muharam dan Maulidur Rasul tahun lalu,” katanya.

Namanzee berkata pada sidang media Program Pembuka Tirai 2024 TV AlHijrah di Bandar Baru Bangi, Selangor hari ini.

TV AlHijrah buka tirai tahun ini dengan pelbagai program bermanfaat

Menurut Namanzee, TV AlHijrah bermula kompetitif pada tahun ini apabila berada di tangga lima teratas saluran TV di Malaysia pada awal Januari 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tahun ini, stesen TV AlHijrah masih lagi mengekalkan konsep hiburan berilmu dengan meneroka format baharu rancangan Islamik tanpa menepikan pemerhatian khusus kepada tiga kunci utama penyiaran iaitu patuh syariah, kreatif dan popular,” ujarnya.

Antara program yang bakal ditayangkan di TV AlHijrah tahun ini adalah Akademi Qurra’ 2024, Riwayat Akhir Zaman, Quran @114 dan Carta 114.

Namanzee turut berkongsi, selain boleh dinimkati di platform televisyen dan aplikasi AlHijrah Plus, rancangan terbaik stesen ini turut boleh dinikmati pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

“Alhamdulillah, kini rancangan-rancangan terbaik TV AlHijrah turut boleh dinikmati para penumpang yang menggunakan ETS untuk perjalanan utara ke selatan tanah air dan sebaliknya.

“Saya cadangkan, ambil masa dan berkelanalah bersama yang tersayang menaiki ETS TV AlHijrah. Semakin banyak tempat dijejaki, semakin banyak yang dipelajari serta semakin banyak pengalaman dilalui,” katanya.

Aplikasi AlHijrah Plus memiliki lebih lapan ribu kandungan tersedia dan secara langsung juga telah dimuat turun oleh 100,000 pemuat turun dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Sosial

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai penampilan lelaki yang berpakaian seperti perempuan lengkap bertudung sehingga mencetuskan perhatian ramai. Fenomena ini tercetus...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd