Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tutup Tahun 2023, Taylor Swift Dinobat ‘Person Of The Year’ Oleh Majalah Time

Penyanyi antarabangsa, Taylor Swift telah menerima penghargaan daripada Majalah Time apabila dinobatkan sebagai Person Of The Year. Hal ini susulan kerjaya seninya yang begitu cemerlang sepanjang tahun 2023.

Pencapaian luar biasa sepanjang 2 dekad

Hal tersebut dinyatakan menerusi laporan dari Reuters apabila memaklumkan yang penghargaan tersebut diberikan kepada Taylor Swift susulan pencapaian yang cukup baik sejak dua dekad pembabitan dalam bidang muzik.

View this post on Instagram

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Konsert jelajah buat Taylor Swift dinobat  Person Of The Year

Paling ketara sudah tentu kejayaan konsert jelajahnya (tour) yang dikhabarkan memberi keuntungan sehingga meraih $2 bilion (RM9.3 bilion).

Ia sekaligus mencipta sejarah apabila menjadi konsert jelajah pertama yang melepasi pendapatan $1 bilion (RM4.67 bilion) meliputi proses pendokumentasian filem jelajah musim sejuk yang bernilai $92.8 juta (RM433.6 juta).

Pengendali Syarikat Teater, AMC berkata jualan tiket pendahuluan bagi filem itu juga mencecah $100 juta (RM467 .3 juta) di seluruh dunia. Ia sekaligus menjadi filem konsert paling laris dalam sejarah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Album “1989”  juga berjaya memecahkan rekod jualan dalam rakaman semula album tersebut.

“Ia adalah fasa empayar,” kata Taylor Swift dalam majalah tersebut.

taylor swift person of the year

Artikel lain: Taylor Swift Tunda Konsert Kerana Suhu Terlampau Panas

Wajah Taylor Swift sebagai Person Of The Year terpampang di majalah Time

Wajah penyanyi berkenaan juga terpampang di majalah Time dan ia telah dikongsikan di laman X rasmi majalah terbabit.

Difahamkan, selain dari penyanyi lagu You Belong With Me itu, beberapa lagi artis turut pernah mendapat gelaran Person of The Year oleh majalah berkenaan seperti Volodymyr Zelensky, Martin Luther King Jr. dan Greta Thunberg.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters, X TIME

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bersama lima warga Pakistan nekad terjun sungai bagi membantu kira-kira 30 penduduk Kampung Tengah yang terkesan dengan...

Nasional

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip di Putra...

Lokal

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online. Difahamkan, peniaga belon...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd