Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Turkish Airlines Buat Pendaratan Cemas, Juruterbang Meninggal Dunia Ketika Penerbangan

Sebuah penerbangan Turkish Airlines dari Seattle ke Istanbul terpaksa membuat pendaratan kecemasan di New York berikutan kejadian tragik apabila juruterbang meninggal dunia ketika dalam penerbangan.

Foto: X Dexerto

Menerusi satu kenyataan di X, jurucakap Turkish Airlines Yahya Üstün berkata, Kapten İlçehin PEHLİVAN, 59, pengsan ketika mengendalikan penerbangan TK204 dengan pesawat Airbus A350 (nombor pendaftaran TC-LGR).

Walaupun rawatan perubatan segera diberikan oleh krew kabin, Kapten PEHLİVAN malangnya meninggal dunia sebelum pendaratan kecemasan dapat diselesaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penerbangan dikendalikan oleh krew kokpit yang terdiri daripada seorang kapten dan seorang pembantu juruterbang ini terpaksa dilencongkan ke New York selepas situasi kecemasan tersebut.

Foto: X Dexerto

Turkish Airlines telah mengatur agar para penumpang dapat meneruskan perjalanan mereka ke Istanbul dari New York.

Kapten PEHLİVAN yang telah berkhidmat dengan Turkish Airlines sejak 2007, baru sahaja menjalani pemeriksaan kesihatan berkala pada 8 Mac 2024 di Pusat Perubatan Penerbangan yang diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan pemeriksaan tersebut, keputusan telah mengesahkan juruterbang itu sihat untuk bertugas tanpa sebarang masalah kesihatan yang dikenal pasti.

Turkish Airlines dalam kenyataan mereka menzahirkan takziah dan mendoakan agar roh kapten mereka tenang, serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan oran g tersayang mangsa.

Butiran mengenai punca kematian masih belum dikeluarkan. Turkish Airlines dijangka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk sebarang siasatan yang diperlukan berkaitan kejadian ini.

Sumber: X Yahya ÜSTÜN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd