Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Transformasi Industri Buka Lebih Peluang Pekerjaan Bernilai Tinggi – Ahmad Zahid

Transformasi Industri penting bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi yang memerlukan tenaga kerja mahir dan berteknologi tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masyarakat bertanggungjawab dalam memastikan ekosistem yang tepat diwujudkan bagi menyokong keperluan tersebut.

“Kerajaan terus aktif menjalin kerjasama antarabangsa bagi mentransformasikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Sebagai contoh, penubuhan Malaysia-China Institute (MCI) kini telah menjadi platform kerjasama antarabangsa dalam menyediakan latihan terkini yang relevan dengan keperluan industri global.
“Terutamanya dalam sektor-sektor yang dipacu oleh teknologi di China,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hari ini.

Ekspo tahun keenam itu adalah kerjasama antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Majlis TVET Negara (MTVET) dan Kerajaan Negeri sebagai usaha kerajaan bagi memartabatkan TVET.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia platform promosi tahunan bagi program TVET yang ditawarkan oleh 279 Institusi Pendidikan TVET di bawah KKDW bertujuan untuk memberi kesedaran khususnya ibu bapa dan pelajar.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, dalam usaha memacu transformasi industri dan tenaga mahir melalui TVET, KDNK Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.9%, meningkat daripada 4.2% pada suku pertama.

Beliau menjelaskan, pertumbuhan tersebut adalah bukti jelas bahawa dasar ekonomi MADANI mula membuahkan hasil dan memacu transformasi industri negara.

“Kerajaan yakin bahawa momentum ini akan terus diperkukuh melalui pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), serta Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang dijangka menarik pelaburan bernilai tinggi dan memperkukuhkan daya saing Malaysia,” jelasnya.

Tambah beliau, Transformasi Industri semakin rancak dengan pelaburan bernilai RM160 bilion yang diluluskan dalam separuh pertama 2024 membuktikan komitmen kerajaan untuk mewujudkan persekitaran mesra perniagaan dan menyokong pelaburan strategik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan juga memberi fokus kepada sektor ‘High-Growth, High-Value’ (HGHV) seperti tenaga, teknologi digital, serta industri elektrik dan elektronik sebagai pemacu utama pertumbuhan masa depan,” tambahnya.

Menerusi Ekspo TVET@KKDW 2024, Ahmad Zahid turut menyaksikan pemeteraian 16 Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan 17 rakan industri strategik.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd