Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Trak TLDM Terbabas Di Langkawi, 25 Petugas Dapat Rawatan & 2 Dirujuk Ke Hospital

Sebuah trak 3-tan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa petugas Demonstrasi Segmen Maritim LIMA ‘25 dilaporkan hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan pulang ke Resorts World Langkawi selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Temonyong.

TLDM keluar kenyataan insiden trak terbabas

Perkara itu dinyatakan pihak TLDM menerusi satu kenyataan di media sosial.

“Sebuah trak 3-tan milik TLDM yang membawa petugas Demonstrasi Segmen Maritim LIMA ’25 telah hilang kawalan dan terbabas semasa dalam perjalanan balik setelah selesai mengerjakan Solat Jumaat dari Masjid Al Ehsan Temonyong menuju ke Resorts World Langkawi,”

Seramai 25 petugas terlibat dalam insiden trak terbabas

Difahamkan, seramai 25 petugas terlibat dalam insiden tersebut dan semuanya telah menerima rawatan awal di bilik perubatan Segmen Maritim.

Namun begitu, dua petugas mengalami kecederaan di bahagian kaki dan terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk rawatan lanjut.

“Tiada kemalangan jiwa yang dialami dan kesemua 25 petugas yang terlibat dibawa ke bilik perubatan Segmen Maritim untuk menerima rawatan awal. Manakala, dua (2) petugas dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk menerima rawatan lanjut akibat kecederaan di kaki,”

Dalam pada itu, TLDM juga memaklumkan bahawa satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden, dan meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,”

Artikel lain: Nahas FRU: Stereng Lori Pasir Disyaki Rosak Punca Kejadian- Polis

Insiden ini berlaku ketika pameran LIMA ’25 sedang berlangsung di Langkawi dari 20 hingga 24 Mei 2025.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd