Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

TMJ Kecam Insiden Babit Faisal & Akhyar, Harap PDRM Buat Siasatan Menyeluruh

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam insiden yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid sehingga mendatangkan kecederaan kepada mereka.

Menerusi akaun Instagram rasmi Official Johor, baginda berkata kejadian itu secara tidak langsung mendatangkan bahaya kepada pemain dan berharap pihak polis menyiasat segera kejadian itu.

Foto: Harian Metro

“Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.
“Saya berharap agar Polis Diraja Malaysia segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” titah baginda.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Terdahulu, Awani melaporkan Faisal menjadi mangsa simbah asid sehingga mendatangkan kecederaan serius kepada muka dan anggota badan.

Dalam pada itu, perkara ini turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyatakan perkara sama apabila beliau melihat keadaan Faisal begitu menyedihkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

“Kondisi dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal Halim, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak ok tiada apa-apa.
Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang tercedera,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran di laman X, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keganasan terhadap atlet.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No violence in sports!
“Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku,” tulisnya pada Ahad.

Selain Faisal, Akhyar juga antara mangsa samun baru-baru ini sehingga dirinya mengalami kecederaan di kaki dan kehilangan telefon bimbit dan dompet dalam insiden terbabit.

Sumber: Instagram @officialjohor, Astro Awani (Ridauddin Daud), X @hannahyeoh

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Lokal

Seorang pekerja pemasaran sebuah bengkel kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd