Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Layanan Dwi-Standard Dalam Tindakan ‘Clamp’ Tayar – DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan dakwaan layanan dwi-standard melibatkan tindakan kapit atau ‘clamp’ tayar kenderaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian melalui laman Facebook, DBKL menyatakan tindakan yang diambil oleh pasukan penguatkuasaan mereka pada 11 November lalu, adalah berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan tanpa pertimbangan khas untuk mana-mana pihak.

DBKL mengenakan tindakan kapit roda terhadap 13 kenderaan di sekitar Jalan Telawi, Bangsar, pada Jumaat lalu.

“Pada hari kejadian, sejumlah 13 kenderaan dikenakan tindakan kapit roda, termasuk sebuah Perodua Bezza seperti yang dirakam oleh pemiliknya,” katanya pada Khamis.

DBKL turut menjelaskan bahawa tindakan pihaknya mengenakan kapit tayar ke atas kenderaan tersebut kira-kira jam 1.09 petang dan membuka kapit tersebut pada jam 1.30 petang di Jalan Telawi 4.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, rakaman pemilik Perodua Bezza yang tular itu mempertikaikan tindakan DBKL tidak mengenakan kapit terhadap kenderaan lain.

“Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kenderaan lain “terlepas” dalam video tersebut.
“Untuk makluman, SOP DBKL menetapkan bahawa tindakan kapit roda tidak boleh dikenakan ke atas kenderaan yang mempunyai pemandu di dalamnya.
“Justeru, petugas kami telah mengarahkan agar pemilik kenderaan yang berada di dalam kenderaan untuk mengalihkan kenderaan mereka dari lokasi berkenaan,” katanya lagi.

DBKL dalam kenyataan tersebut turut menegaskan pihak mereka sentiasa berpegang teguh kepada prinsip keadilan tanpa dwi-standard dan setiap tindakan yang diambil adalah telus tanpa prejudis demi keselesaan dan keselamatan orang ramai.

Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd