Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Tiada Janji, Lihat Bukti” – Selesai PRK, Penduduk DUN Nenggiri Terima ATM Kedua

Seramai 30,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menzahirkan rasa gembira selepas kawasan itu kini dilengkapi kemudahan mesin juruwang automatik (ATM).

Menurut satu laporan Sinar Harian, kemudahan ATM yang kedua telah disediakan di Bertam Baru, Gua Musang selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu lalu.

Foto: Sinar Harian

Sebelum pemasangan kemudahan kedua itu, sebuah ATM sudah pun dipasang di Jerek Baru pada 14 Ogos lalu, iaitu tiga hari sebelum rakyat DUN Nenggiri keluar mengundi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudahan kedua-dua ATM itu sebelum ini sangat dinantikan penduduk Nenggiri berikutan terpaksa meredah perjalanan sejauh 50 kilometer (km) semata-mata hanya untuk mengeluarkan wang sahaja.

Sementara itu, Ahli DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, ATM itu dipasang di hadapan Balai Polis Bertam Baru bagi memberi kemudahan kepada penduduk di Bertam Lama, Bertam Baru, Limau Kasturi dan sekitarnya.

@azmawi_fikri

ATM UNTUK NENGGIRI. Tiada Janji, Lihat Bukti 🫡 Alhamdullilah.. harini ambo telah melawat tapak mesin ATM ke-2 yang telah diluluskan di kawasan Nenggiri🤲 Dengan adanya mesin ini, ambo harap urusan perbankan adik kakok sekalian lebih mudah lepas pado ni 🫡 Bersama membina Nenggiri kita 💪 #NenggiriKita #Awie4Nenggiri #BudokAwie #BeliaGuoMuse #PemudaCaraKita #IniMasaKita

♬ original sound – BUDAK AWIE – BUDAK AWIE

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lepas ini kalau nak ambil wang kita sudah ada ATM untuk kemudahan penduduk di sini.
“Terima kasih kepada RHB Bank dan semua yang telah memudahkan urusan ini,” katanya menerusi akaun TikTok milik pada Isnin.

Rata-rata netizen yang menzahirkan rasa syukur dan meluahkan keterujaan dengan mereka dengan pemasangan kemudahan tersebut, malah ada juga memuji tindakan Mohd Azwani disifatkan sebagai menepati janji sedangkan dakwat undi masih belum hilang.

Dakwat tak hilang lagi, janji dah tunai..

Alhamdulillah..

Terbaik YB!

Pada PRK DUN Nenggiri 17 Ogos lalu, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi mewakili Kerajaan Perpaduan diumumkan sebagai pemenang kerusi tersebut dengan majoriti 3,352 undi, menewaskan calon PAS iaitu Mohd Rizwadi Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Mohd Azmawi juga berjanji beliau akan berkhidmat kepada penduduk Nenggiri tanpa mengira pendirian politik.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd