Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Terima Peruntukan RM5.934 Bilion, KPKT Tetapkan 11 Fokus Utama

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah tetapkan 11 fokus utama yang Kementerian bakal laksanakan selepas menerima peruntukan sebanyak RM5.934 bilion dalam Belanjawan 2025.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata selaras dengan tema Belanjawan 2025 iaitu “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat”, Kementerian akan menggunakan tenaga dan usaha sehabis baik bagi mensejahterakan kehidupan rakyat.

KPKT tetapkan 11 fokus utama dalam usaha mensejahterakan rakyat

KPKT Tetapkan 11 Fokus Utama

“Dari jumlah ini, RM3.962 bilion adalah Peruntukan Pembangungan dan RM1.971 bilion adalah Peruntukan Mengurus,” katanya dalam Budget Talk With KM di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut Nga, fokus pertama yang KPKT bakal laksanakan adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan dan Pelepasan Cukai Bayaran Faedah Pinjaman Perumahan.

Untuk memastikan setiap rakyat memiliki rumah idaman, kerajaan memperuntukkan RM10 bilion untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membantu 20,000 pembeli rumah mendapatkan pinjaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mulai tahun depan, kerajaan akan memberi pelepasan cukai bagi bayaran faedah pinjaman perumahan sehingga Rm7,000 kepada pembeli rumah pertama bagi kediaman di bawah RM500,000 selama tiga tahun.
“Pelepasan cukai sehingga Rm5,000 akan diberikan bagi kediaman yang berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000.
“Inisiatif ini, yang terpakai kepada perjanjian beli rumah dari 1 Januari 2025 hingga 31 Oktober 2027, adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah selaras aspirasi “shelter for all”,” ujarnya.

Fokus kedua KPKT pula adalah Program Residensi Rakyat (PRR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang mana kerajaan memperuntukkan RM800 juta untuk program ini.

KPKT Tetapkan 11 Fokus Utama

KPKT akan meningkatkan kadar siling bina baharu kepada RM900,000 daripada RM75,000 disamping turut menaikkan kadar siling baik pulih rumah rakyat kepada RM20,000 daripada RM10,000.

Seterusnya, KPKT memperuntukkan sebanyak RM185 juta kepada fokus ketiga iaitu Penyelenggaraan Rumah Strata Kos Rendah dan Sederhana termasuk RM88.1 juta bagi menggantikan lif-lif usang

Selain daripada perumahan, KPKT juga komited untuk menaiktaraf infrastruktur awam, susulan itu kementerian memberikan Pembinaan Pasar Awam dan Gerai Madani sebagai fokus keempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan telah memperuntukkan RM54.4 juta untuk membina dan membaik pulih gerai serta prasarana pasar awam di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Selain itu, kementerian juga merancang untuk membina gerai di Kluang, Johor dan Kota Bharu, Kelantan,” jelasnya.

KPKT juga bakal memfokuskan Pembinaan Taman Madani yang mana kementerian berhasrat untuk menaik taraf 100 buah Taman Awam MADANI dan landskap di bandar serta pekan kecil dengan peruntukan Belanjawan 2025 sebanyak RM100 juta.

KPKT Tetapkan 11 Fokus Utama

Bagi meningkatkan keupayaan negara dalam mencegah, mengurus dan bertindak balas kepada pelbagai situasi kecemasan yang kompleks, KPKT akan memfokuskan kepada Penaiktarafan Longkang dan Parit.

Artikel lain: JPNT Catat Kerugian RM1.1 Juta Akibat Kerosakan 7 Sekolah

“Kerajaan telah memperuntukkan RM200 juta untuk pembersihan serta penaiktarafan longkang dan parit bagi menangani risiko banjir.
“Antaranya, KPKT akan menggunakan RM150 juta daripada jumlah ini dalam tempoh dua bulan akan datang untuk mengurangkan risiko banjir sebelum monsun,” katanya.

Fokus ketujuh KPKT pula adalah Peruntukan untuk Wira Merah – Bomba, yang mana Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia telah menerima peruntukan sebanyak RM202.8 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“RM16.27 juta akan digunakan untuk menyelenggara dan membaik pulih kuarters anggota bomba. Terdapat juga inisiatif baru untuk membaik pulih balai pegawai bomba sukarela (PBS) dengan peruntukan RM3 juta bagi memperkuat unit sukarela melalui penyediaan pusat operasi dan peralatan yang diperlukan,” ujarnya.

KPKT Tetapkan 11 Fokus Utama

Dalam pada itu, fokus kelapan KPKT adalah Pengurusan Sisa Pepejal sebagai Lestari Park yang mana kementerian memperuntukkan RM327.5 juta untuk projek baru pengurusan sisa pepejal.

“Ini termasuk projek penutupan selamat tapak pelupusan sisa pepejal di Krubong, Melaka, Pontian, Johor, dan Tampin, Negeri Sembilan.
“Melalui JPSPN, pihak kementerian sedang berusaha mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal yang telah ditutup menjadi Lestari Park, seperti yang telah kita lakukan di Bandar Tenggara, Johor,” kongsinya.

Fokus seterusnya adalah Ekonomi kitaran yang mana pelepasan cukai bagi mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah sehingga tahun taksiran 2027 bagi menggalakkan industri berasaskan kompos dan menyokong usaha mengurangkan sisa makanan.

Fokus 10 adalah Pembangunan Bandar Pintar, yang mana KPKT menerima peruntukkan sebanyak RM15 juta untuk pembangunan bandar pintar.

Fokus utama KPKT yang terakhir adalah Pembangunan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang mana kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi penyelenggaraan dan pembaikan premis seperti kuil, tokong dan gereja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPKT Tetapkan 11 Fokus Utama

Menerusi inisiatif-inisiatif ini, KPKT tekad untuk memastikan sektor perumahan tidak hanya berkembang tetapi turut kekal mampu milik bagi memastikan setiap rakyat memilik rumah idaman sendiri.

KPKT juga berhasrat untuk memajukan pembangunan secara mampan dengan mengurangkan risiko banjir melalui penaiktarafan sistem longkang dan perparitan, memperkuat pasukan bomba dan meningkatkan pembangunan bandar pintar.

“Melalui pendekatan ini, kami memastikan bahawa kesejahteraan rakyat Malaysia dipelihara. Tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir,” katanya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Artis terkenal Indonesia, Irish Bella telah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang usahawan yang berasal dari Aceh, Haldy Sabri selepas bercerai sembilan bulan...

Lokal

Yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska), dijangka meningkat sebanyak 20 hingga 25 peratus pada tahun hadapan, susulan daripada pengumuman kerajaan...

Nasional

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) terkejut dengan usulan pihak kerajaan untuk menerapkan subsidi bersasar dalam perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan. Menurut laporan Utusan Malaysia, Presiden...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited melaksanakan hasrat kerajaan melalui Belanjawan 2025 berhubung bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ia adalah sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd