Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tercekik Gula-Gula Gummy: Doakan Anak Sulung, Dia Sedang Tenat – Bapa

Bapa kepada kanak-kanak lelaki, Mohamad Fahmi yang tercekik gula-gula gummy mata memohon doa orang ramai susulan kejadian menimpa anaknya yang dalam keadaan kritikal sejak Selasa.

Menurut laporan Buletin TV3, Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, berkata anaknya yang berusia 10 tahun itu masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan selepas kali terakhir dia dan isteri bertemu di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi tadi.

Kes tercekik gula-gula gummy

“Saya lihat air matanya bertakung seolah-olah menahan sakit. Doktor beritahu mereka sedang berusaha merawat dan dia hanya bergantung kepada mesin bantuan oksigen.
“Jika tiada perkembangan, mereka akan hentikan pemberian ubat bagi melihat perkembangan seterusnya.
“Luluh hati saya, seorang anak yang ceria tiba-tiba dalam keadaan begini. Pada masa ini kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berserah kepada kuasa Allah SWT.
“Tragedi yang menimpa anak sulung kami ini amat mengejutkan, kami tiada daya menghalangnya. Mohon doakan kesejahteraan anak sulung saya, dia sedang tenat. Semoga ada keajaiban untuknya,” katanya di HPP hari ini.
gula-gula gummy

Foto: Buletin TV3

Mohamad Fakhruddin berkata, dia tidak pulang ke rumah apatah lagi berganjak dari ruang menunggu sejak anaknya dipindahkan ke PICU kerana terus menunggu sebarang perkhabaran gembira.

Pada masa sama, dia mengakui cuba untuk melelapkan mata buat seketika namun terjaga apabila terdengar seolah-olah Muhamad Fahmi memanggilnya.

“Betul dan jelas kedengaran Muhamad Fahmi panggil saya ‘baba’, seketika kemudian barulah tersedar ia hanya mimpi atau perasaan saya. Kelmarin, Muhamad Fahmi beritahu tidak mahu ke Kelas-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) kerana keletihan. Saya sangka itu hanya perkara biasa tambahan sesi persekolahan baharu sahaja bermula.
“Sebelum ini, ibunya yang menghantar dia ke kelas dan tidak sangka semalam menjadi pertemuan akhir kami. Sebelum masuk ke kelas, dia palingkan muka melihat saya dan pandangan matanya itu yang buat saya teringat sampai sekarang.
“Saya tidak mahu ia menjadi kenangan terakhir selama-lamanya, Muhamad Fahmi perlu kuat kerana ramai yang menanti. Kami akan bawa anak kedua (Nufa Fakhira, 4) datang melawat Muhamad Fahmi, sekurang-kurangnya dia boleh dapat rasakan kehadiran adiknya,” ujarnya.
gula-gula gummy

Foto: FB Fara Hani

Gula-gula gummy dibeli tanpa pengetahuan

Sementara itu, Mohamad Fakhruddin berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak namun berasa kekesalan apabila sesetengah individu seolah-olah menunding jari terhadap anaknya kerana membeli gula-gula tersebut.

Artikel lain: Hari Tanpa Gula Di Parlimen Setiap Rabu – Johari

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami sudah menderita menanggung semua ini, cukuplah beri ulasan negatif malah ada yang menyalahkan anak saya. Muhamad Fahmi tidak tahu apa-apa dan sendiri tidak tahu bahawa perkara ini akan berlaku.
“Kami hanya perlukan sokongan dan doa masyarakat serta berharap semua ini tidak akan berlaku kepada kanak-kanak lain,” katanya lagi.
gula-gula gummy

Foto: FB Fara Hani

Terdahulu, ibu saudara mangsa iaitu Siti Farhanim Mohamad Fikri, 33, berkongsi sebuah hantaran di laman Facebook mengenai keadaan Muhamad Fahmi yang kritikal selepas memakan gula-gula itu yang dikatakan dibeli di luar kawasan sekolah.

Sumber: Buletin TV3, Facebook Fara hani

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Manchester United membawa pulang pulangan lumayan hasil daripada siri jelajah pra-musim mereka ke Asia, meskipun memulakan kempen tersebut dengan kekalahan mengejut kepada pasukan ASEAN...

Sukan

Kunjungan Manchester United ke Malaysia berakhir dengan penuh duka selepas tewas 0-1 kepada ASEAN All Stars dalam aksi Piala Cabaran Maybank 2025 yang berlangsung...

Spotlight

Pelakon Ed Gale yang memainkan watak sebagai Chucky dalam filem Child’s Play telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 61 tahun. Ed Gale, pelakon watak...

Sosial

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan tindakan biadab seorang pelajar lelaki terhadap guru wanita, dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah tempatan. Dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd