Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guna Peralatan Lama? TDM Tak Tolak Kemungkinan Anggota Komando Lemas Ketika Latihan Selam

TDM Tak Tolak Kemungkinan

Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak menolak kemungkinan penggunaan peralatan lama menjadi punca kematian seorang anggota komando yang lemas ketika menjalani latihan menyelam di perairan Kuantan, Pahang, awal Julai lalu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, siasatan awal mendapati peralatan digunakan mangsa ketika latihan berkenaan sudah agak berusia, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Hasil siasatan awal kita mendapati peralatan yang digunakan oleh mangsa ketika latihan selaman itu sudah agak berusia.
“Namun, kita masih membuat semakan dan siasatan lanjut untuk mengenal pasti adalah ia punca faktor manusia atau peralatan itu sendiri,” katanya.

TDM Tak Tolak Kemungkinan Anggota Komando Lemas Ketika Latihan Selam

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Serangan Akhir dan Majlis Penutup Eksesais KERIS STRIKE 2025 di FELDA Lawin Selatan, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain memaklumkan tiada tempoh masa tetap bagi menyelesaikan siasatan, memandangkan ia bergantung kepada tahap kerumitan kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru dalam kes ini kita akan meneliti semula adakah peralatan yang digunakan semasa latihan tersebut telah diselenggara mengikut tempoh masa yang ditetapkan atau sebaliknya,” katanya.

Artikel lain: Anggota Komando Ditemui Lemas, Hampir 48 Jam Hilang Ketika Latihan Selam

Beliau turut menegaskan bahawa TDM sentiasa melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan terhadap semua aset milik pasukan mengikut prosedur dan polisi yang telah ditetapkan.

Pada 5 Julai lalu, media melaporkan seorang anggota komando, Koperal Mohd Haswansir Julnasir, 30, ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pelabuhan Kuantan.

Mangsa yang bertugas di Rejimen Ke-22, Grup Gerak Khas (GGK), ketika itu sedang menyertai Latihan Seaghost Siri 1/2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Amirrul Rabbani Rashid)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd