Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Taylor Swift Tunda Konsert Kerana Suhu Terlampau Panas

Penyanyi antarabangsa terkenal, Taylor Swift telah menanguhkan konsert yang sepatutnya berlangsung di  Rio de Janeiro, Brazil pada malam Sabtu, 18 November 2023 kerana suhu terlalu panas.

Keputusan dimaklumkan di IG

Memetik laporan dari CNN, Taylor menyatakan perkhabaran tersebut menerusi Instagramnya dan memberitahu pengumuman berkenaan demi memastikan keselamatan para penonton, penari-penari serta pekerja yang terlibat.

“Keputusan ini telah dibuat untuk menangguhkan konsert pada malam ini kerana suhu yang terlalu panas di sini,” tulisnya.
View this post on Instagram

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Taylor Swift lakukan demi keselamatan

Difahamkan, konsert pertama yang berlangsung pada hari Jumaat 17 November 2023 mencatatkan suhu yang terlampau panas di Rio de Janeiro.

Dalam pada itu, terdapat seorang peminat meninggal dunia sebelum konsert tersebut berlangsung dan punca kematiannya juga belum diketahui.

Penyanyi lagu Lover itu juga sempat menzahirkan berita sedih di ruangan Insta Story miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tak percaya dengan apa yang saya tulis ini. Tapi, dengan hati yang sedih, saya mahu memberitahu kami telah kehilangan seorang peminat sebelum konsert saya bermula.
“Tiada kata-kata yang boleh menjelaskan kesedihan saya terhadap kematian itu. Saya tidak mempunyai sebarang informasi mengenai kejadian itu. Apa yang saya tahu, peminat itu merupakan seorang wanita yang sangat cantik dan masih terlalu muda.
“Saya tidak akan dapat bercakap mengenai hal ini di atas pentas kerana saya tahu saya akan rasa terlalu sedih jika saya cuba untuk bercerita tentangnya.
“Saya mahu memberitahu saya merasai kehilangan peminat itu dan saya bersimpati kepada keluarga dan rakan-rakannya. Saya tidak sangka kejadian ini akan berlaku apabila kami bercadang untuk melakukan konsert di Brazil,”ujarnya.

Artikel lain: Penganjur Konsert Coldplay Di Malaysia Mohon Penonton Berhemah

Konsert yang telah ditunda telah berlangsung pada Ahad 19 November 2023, dan menerusi laman web rasmi penyanyi itu, dia akan mengadakan tiga lagi konsert tambahan di di Sao Paolo.

Sumber: CNN 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Nasional

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijangka menamatkan pendidikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd