Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tayar Jentolak Meletup, Pekerja Bengkel Maut Manakala Rakan Cedera Parah

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba meletup dalam kejadian Selasa lalu.

Foto: Berita Harian

Menerusi kenyataan media Ketua Polis Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor turut memaklumkan seorang lagi mangsa cedera parah berhubung kejadian yang sama.

“Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, kedua-dua mangsa lelaki tempatan berusia 19 dan 21 tahun sedang mengisi angin ke dalam tayar jentolak itu.
“Ketika mangsa sedang mengisi angin tayar jentolak tiba-tiba ia meletup dan terkena kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Hafiz berkata, mangsa berusia 19 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan gambar kejadian memandangkan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Foto sekadar hiasan

Terdahulu, satu audio dan gambar menunjukkan dua lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan salah seorang cedera parah pada kepala, tular di media sosial dan dikaitkan dengan kejadian terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar itu disertakan dengan pesanan suara seorang lelaki mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah bengkel di sekitar Kajang.

Sumber: Facebook Polis Daerah Sungai Buloh

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd