Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tarikan Murah, Dekat Serta Bebas Penguatkuasaan Punca Anak Muda Pergi Golok Untuk Berhibur

Kerajaan Kelantan tidak merasakan bahawa sekatan hiburan punca utama rakyat terutama golongan muda pergi ke Golok, Thailand untuk berhibur seperti yang tular di media sosial.

Menurut laporan Sinar Harian, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Asri Mat Daud menyatakan, pihaknya tidak menghalang aktiviti hiburan sebaliknya telah meletakkan piawaian garis panduan yang terbaik dalam mengawal hiburan di negeri itu.

Foto: Utusan Malaysia

“Kami tidak melihat sekatan hiburan satu alasan. Bahkan ada rakyat yang menegur kami (kerajaan negeri) agar kurangkan hiburan.
“Anak muda memilih untuk ke negara jiran mungkin atas faktor tarikan murah, dekat serta bebas daripada penguatkuasaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Asri berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Pakdin

“Mustahil untuk membuat sekatan perjalanan, namun berharap didikan melalui dasar Membangun Bersama Islam (MIB) yang telah diterapkan di negeri ini akan menjadi benteng kepada anak-anak muda untuk memilih mana baik serta buruk.
“Kami yakin, yang melakukan perbuatan terlarang itu adalah bukan daripada yang dekat dengan didikan agama,” ujarnya.

Menurut beliau juga, Kelantan amat konsisten dengan aliran sekolah agama sejak dahulu dan ia bukan soal wajib tetapi menyediakan pilihan terbaik untuk anak-anak mempelajari aliran tersebut atau tahfiz disamping aliran kontemporari.

Tambahnya lagi, hari ini produk aliran agama dan tahfiz Kelantan telah berada sebagai kepimpinan utama di Putrajaya, di negeri-negeri lain apatah lagi di Kelantan sendiri.

Foto: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru itu, kerajaan negeri sudah memperuntukkan sejumlah besar bajet untuk mendidik anak-anak di Kelantan melalui sekolah agama atau tahfiz.

“Malah menjadi tumpuan ibu bapa dari luar Kelantan untuk menghantar anak-anak bersekolah agama di sini.
“Pendidikan seawal sekolah menengah adalah hasrat menyediakan rakyat agar mampu membuat keputusan bagi diri dan keluarga masing-masing agar menjauhi tempat-tempat maksiat,” jelasnya.

Sementara itu, anak kepada bekas menteri besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, menyatakan bahawa tindakan  rakyat negeri Kelantan berhibur di Golok, Thailand adalah sisi gelap negeri yang dikenali sebagai ‘Serambi Makkah’ itu.

Jelas senator yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok itu, perkara tersebut berlaku sejak beliau masih kecil lagi dan tidak pernah berhenti.

Foto: Facebook Nik Mohamad Abduh

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berhibur di Golok? Ya, ia sisi gelap Kelantan. Saya dengarnya sejak kecil lagi dan ia takkan berakhir.
“Syaitan kekal berpengikut…,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, pada Ahad.

Foto: Facebook Nik Mohamad Abduh

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada pendedahan pihak polis baru-baru ini yang mendakwa ramai anak muda Kelantan memilih untuk berhibur di Thailand.

Terdahulu, jumlah anak muda dari Kelantan dilaporkan terlalu ramai di Golok, menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin), Facebook (Nik Mohamad Abduh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah video menyentuh perasaan yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian ramai apabila memaparkan momen mengharukan dua kanak-kanak perempuan menolak kerusi roda yang dinaiki...

Sosial

Seorang pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak berani apabila terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba keluar...

Lokal

Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang penganggur didenda keseluruhan RM11,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki gambar...

Sosial

Hubungan antara adik-beradik tidak akan pernah terputus biarpun sering diuji dengan pelbagai masalah kerana dilahirkan daripada rahim yang sama. Sedih orang terakhir dipeluk Baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd