Aktivis Tamim Dahri menyatakan kesediaan untuk pulang ke Malaysia dan menyerah diri kepada pihak polis dalam masa terdekat, namun meletakkan syarat supaya empat rumah ibadat yang didakwa sebagai kuil haram dirobohkan terlebih dahulu.
Perkara itu dinyatakan menerusi satu hantaran di platform Threads oleh akaun Tanah Malaya yang dipersetujui oleh Tamim sendiri.
Dalam hantaran tersebut, lelaki berusia 34 tahn itu menyenaraikan empat lokasi kuil yang dimaksudkan iaitu Kuil Atas Jalan Pandanmas, Kuil Hospital Bukit Mertajam, Kuil Lama Seafield dan Kuil Jakel.
“Kenapa empat lokasi ini? Yang itu, semua boleh fikir sendiri,” tulisnya sebentar tadi.
Sementara itu, media hari ini melaporkan polis sedang giat mengesan Tamim yang dipercayai berada di luar negara bagi membolehkan dia dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merosakkan simbol suci Hindu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, hasil semakan mendapati aktivis tersebut dikesan berada di Thailand sebelum ini dan kini dipercayai berada di Tanah Suci.
Difahamkan, Tamim didakwa di Mahkamah Langkawi mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan selepas dipercayai merosakkan objek soolam, iaitu simbol suci bagi penganut Hindu, di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah baru-baru ini.







































