Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Sedarkan Diri, Bayi Lima Bulan Meninggal Dunia Di Bawah Jagaan Pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri semasa berada di bawah jagaan seorang pengasuh wanita di sebuah taska di Kangkar Pulai, Johor Bahru, pada Rabu.

Menurut laporan Majoriti, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada pukul 4.24 petang pada hari yang sama.

Foto: Majoriti

“Siasatan awal mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri selepas dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh, seorang wanita tempatan berumur 34 tahun.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah dekat Johor Bahru, Johor namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Bedah siasat telah dijalankan dan hasil awal menunjukkan tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh bayi. Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih dalam siasatan,”  katanya hari ini.

Foto: Majoriti

Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes ini disiasat sebagai mati mengejut (Sudden Death Syndrome – SDR), namun turut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki ada unsur pengabaian atau penderaan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi terhadap kanak-kanak.

Jika sabit kesalahan, pengasuh yang terlibat berisiko dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000, penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Majoriti (Adriana Mroon Ambrose)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd