Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Taburan Hujan Rendah, Cuaca Panas Dijangka Berterusan Hingga Jun – MetMalaysia

Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera yang lebih kering serta taburan hujan yang rendah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Cuaca panas hingga Jun

Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Ambun Dindang, menjelaskan bahawa negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan dengan pengurangan hujan serta cuaca lebih panas dan kering, khususnya di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.

Beliau menambah, berdasarkan unjuran model cuaca tempatan dan antarabangsa, Malaysia dijangka mengalami pola cuaca kering dengan taburan hujan lebih rendah daripada biasa bagi beberapa bulan akan datang.

“Semasa fasa peralihan monsun dijangka bermula hujung Mac hingga Mei, kawasan pantai barat dan pedalaman Semenanjung, termasuk barat Sabah dan Sarawak, dijangka menerima hujan terutamanya pada sebelah petang dan awal malam. Hujan ini dijangka sedikit meredakan suhu negara,” katanya, baru-baru ini.

Ambun menjelaskan bahawa taburan hujan dijangka meningkat mulai penghujung minggu ini, melibatkan kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan rekod terkini, beberapa lokasi seperti Limbang di Sarawak serta Sandakan dan Tawau di Sabah telah mencatatkan hujan melebihi paras normal, manakala Ipoh (Perak), Subang (Selangor), Kudat (Sabah) dan Mulu (Sarawak) mencatatkan taburan hujan setara paras normal.

KUALA LUMPUR 22 MAC 2026. Pelancong asing menggunakan payung bagi melindungi diri dari cuaca panas terik susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap dua (gelombang habab) dari suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah celcius ketika tinjauan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

“Namun, kebanyakan stesen lain menunjukkan taburan hujan di bawah paras normal. Di Kedah (Alor Setar, Kubang Pasu dan Langkawi) serta Papar (Sabah), direkodkan sehingga 17 hari tanpa hujan, manakala Perlis mencatatkan 15 hari tanpa hujan setakat 23 Mac,” ujarnya.

Menurut Ambun, kawasan utara Semenanjung seperti Pendang, Baling dan Padang Terap lebih terdedah kepada cuaca panas disebabkan faktor geografi serta corak tiupan angin MTL yang membawa kelembapan lebih ke Pantai Timur, selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Pada Januari, aliran angin dan sistem cuaca lebih aktif di kawasan tersebut menyebabkan utara dan barat Semenanjung cenderung mengalami cuaca lebih panas dan kering,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa cuaca panas lazimnya berlaku pada fasa akhir MTL antara Februari hingga April, dengan kawasan utara Semenanjung menunjukkan pola cuaca lebih panas. Namun, keadaan ini turut dipengaruhi keragaman iklim termasuk fenomena ENSO.

Ambun berkata, menurut model iklim global, Malaysia berpotensi mengalami peningkatan kekerapan hari panas ekstrem, terutama sekiranya fenomena El Nino berlaku.

“Rekod suhu tertinggi negara menunjukkan 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 1998, diikuti 39.3 darjah Celsius di Batu Embun, Pahang pada 2016 dan 39.1 darjah Celsius di Alor Setar pada 1998, semuanya semasa El Nino kuat,” katanya.

Beliau menambah, Malaysia berpotensi mengalami gelombang haba tahap 3 jika El Nino kuat berlaku, namun fenomena itu masih dipantau. MetMalaysia mentakrifkan gelombang haba sebagai suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, dengan amaran tahap 1 pada 35–37 darjah Celsius, tahap 2 pada 37–40 darjah Celsius, dan tahap 3 apabila melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lanjut: 15 Kawasan Di Semenanjung Dilanda Panas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Tahap 1 & 2

Ambun menasihati orang ramai agar minum air secukupnya, mengurangkan aktiviti luar terutama waktu tengah hari, memakai pakaian sesuai, mengelak pembakaran terbuka, dan berjimat dalam penggunaan air.

Beliau menegaskan bahawa cuaca panas dan kering boleh menurunkan paras empangan, meningkatkan risiko kemarau, mengganggu bekalan air, serta memberi kesan kepada kesihatan termasuk strok haba dan dehidrasi.

Sumber: Bernama (Vikneswaran Raman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Dunia

Rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke selatan Thailand sempena cuti panjang Aidilfitri hujung minggu ini dinasihatkan menangguhkan perjalanan susulan isu kekurangan bekalan petrol dan...

Lokal

“Kenapa tangan ringan nak pukul anak orang? Umur muda dan tenaga banyak, patut guna untuk tanggung keluarga,” itu nasihat Majistret Rais Imran Hamid kepada...

Lokal

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas diserang buaya ketika menjala udang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd