Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Ugut Mahu Pukul Pelanggan McDonald’s Kini Diburu Polis

Pihak polis sedang memburu suspek yang dilaporkan mengugut mahu memukul salah seorang pelanggan di restoran makanan segera McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan.

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu menyatakan bahawa pihak polis dalam proses mencari suspek setelah laporan dibuat oleh salah seorang pelanggan yang berusia 40 tahun pada Sabtu.

Foto : Pahang Media

Berdasarkan laporan polis, terdapat beberapa orang lelaki sedang menjalankan kempen untuk memboikot restoran berkenaan telah mengasari pengadu dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat serta mencetuskan provokasi terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengadu cuba menghindari mereka dengan masuk kembali ke dalam premis McDonald’s namun selepas keluar untuk pulang ke rumah, kumpulan lelaki itu sekali lagi melakukan provokasi terhadap pengadu,” katanya pada Ahad.

Wan Mohd Zahari menjelaskan bahawa ketika pengadu mendekati kumpulan suspek berkenaan, salah seorang daripada mereka mencapai topi keledar kemudian mengancam untuk memukulnya namun situasi itu dileraikan oleh isteri pengadu.

“Ketika pengadu hampiri kumpulan lelaki berkenaan, salah seorang daripadanya capai topi keledar lalu diberi kepada kawannya dan lelaki itu ugut akan pukul pengadu namun situasi itu dileraikan isteri pengadu,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, pengadu kemudiannya telah membuat laporan polis dan insiden tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Foto : Blog Lea Azleeya

Jelasnya, selain daripada merekod percakapan pengadu dan saksi, pihak polis kini sedang menjalankan pemeriksaan kamera litar tertutup premis tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan awal mendapati ugutan yang dilakukan oleh suspek berkenaan berlaku apabila pengadu masuk untuk makan di premis terbabit.

Sumber: Kosmo! Online (Abdul Rashid Abdul Rahman)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sedang berlatih menyampaikan khutbah mencuri perhatian warganet apabila kanak-kanak itu dilihat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd