Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Kes Simbah Asid Di Bachok Sudah Dikenal Pasti

Polis telah mengenal pasti suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden menyayat hati melibatkan seorang pengusaha spa wanita yang disimbah asid dalam kejadian di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata siasatan masih giat dijalankan dan pihaknya telah memperoleh petunjuk baharu berhubung kes berkenaan.

“Setakat ini, kita sudah kenal pasti suspek. Kita juga telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga mangsa serta beberapa saksi penting. Bagaimanapun, butiran lanjut tidak dapat didedahkan buat masa ini bagi menjaga integriti siasatan,”katanya.

Foto: Berita Harian

Mangsa, Nor Faziera Muda, 27, yang juga pengusaha spa dan salun di kawasan berkenaa  terpaksa menjalani pemedahan selama enam jam selepas disimbah bahan kimia dipercayai asid oleh tiga individu berpurdah.

Difahamkan, suspek menyamar sebagai pelanggan dan membuat tmpahan sesi urutan selama tiga jam di premis milik mangsa.

Ketika mangsa membuka pintu spa kira-kira jam 8.30 malam, suspek bertindak menyimbah asid ang diletakkan dalam termos ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo!

Lebih menyayat hati, kejadian itu turut disaksikan anak perempuan mangsa yang berusia tujuh tahun.

Kes kini disiasat secara menyeluruh dan pihak polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Sumber: Berita Harian (Nor Amalina Alias)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd