Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami ‘Kantoi’ Curang? Polis Siasat Video Tular Lelaki Pukul Isteri Di Hotel

Polis berjaya mengesan pelaku dalam video tular di media sosial sejak semalam yang memaparkan seorang lelaki memukul seorang wanita, dipercayai isterinya di sebuah hotel di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai satu video tular yang berdurasi 0:31 saat memaparkan seorang lelaki dan perempuan bergaduh di sebuah hotel.

Foto: Utusan

“Sekitar 3 petang semalam, telah tular satu video berdurasi 0:31 saat di media sosial Facebook pemilik Wa Fans yang memaparkan satu lelaki Melayu telah memukul satu perempuan Melayu di sebuah bangunan hotel.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei 2024 jam lebih kurang 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau juga berkata, pergaduhan tersebut melibatkan sepasang suami isteri, manakala punca kejadian dipercayai kerana lelaki berkenaan telah berlaku curang semasa perempuan itu sedang dalam berpantang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Akibat daripada kejadian ini, mangsa merupakan satu perempuan Melayu mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

Foto: BuletinTV3

“Satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa mengenai insiden yang berlaku dan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dibawah Sek 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga bagi siasatan lanjut,” jelas beliau.

Pihak polis turut menasihati orang awam supaya tidak menviralkan isu berkenaan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan mendatangkan kegusaran kepada awam.

Sumber: Facebook IPD Port Dickson & Wa Fans

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd