Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

STR Fasa 2 Mula Dibayar 3 April, Peruntukan Ditambah 20%

Kerajaan telah menambah peruntukan program subsidi bersasar Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebanyak 20% kepada RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penambahan ini dilaksanakan bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana-rendah menangani peningkatan kos sara hidup.

Foto: NST

“Reformasi ekonomi yang diterajui Kerajaan MADANI bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara, tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara saksama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Kerajaan akan meningkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, STR Fasa 2 akan mula dibayar pada 3 April 2024 dan seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bantuan yang melibatkan bayaran antara RM100 hingga RM650.

Dalam pada itu, penerima sedia ada dan penerima baru yang mendaftar di dalam pangkalan data STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank.

Selain itu, pembayaran juga akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat-peringkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Sementara itu, bermula pada 2024, Kerajaan juga telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

STR Fasa 2 mula dibayar 3 April 2024

Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR melalui pautan www.bantuantunai.hasil.gov.my.

Kementerian Kewangan ingin menasihati penerima STR agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd