Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU: Stereng Lori Pasir Disyaki Rosak Punca Kejadian- Polis

Stereng Lori

Kerosakan pada sistem stereng sebuah lori dipercayai menjadi punca nahas maut membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori muatan pasir di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Langkap pagi tadi, yang mengorbankan 10 nyawa termasuk sembilan anggota polis.

Kemalangan berlaku ketika trak FRU Unit 5 dari Sungai Senam, Ipoh sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 kira-kira jam 8.51 pagi.

“Kereta peronda (MPV) PK 251 telah diarahkan ke lokasi kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati seramai lapan orang pegawai rendah polis (PRP) FRU Unit 5 termasuk pemandu lori telah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Manakala seramai enam orang PRP FRU Unit 5 mengalami cedera parah dan empat lagi mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan pasir itu dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng sebelum merempuh trak FRU dari arah hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika sampai di tempat kejadian, trak FRU Unit 5 telah dirempuh dari hadapan oleh lori yang membawa muatan pasir yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng.
“PDRM Perak menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Artikel lain: Anak Suami Isteri Dirempuh Navara Bersuara, Mahu Tuntut Keadilan

Sebelum itu, Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan bahawa sembilan anggota FRU meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

Difahamkan, kenyataan media penuh berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo! Online (Luqman Ridhwan Mohamed Nor),  Harian Metro (Zahratulhayat Mat Arif)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas...

Lokal

Seorang individu dikenali sebagai Tok Singa bersama tiga lagi pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati...

Sosial

Hati anak mana yang tidak luluh apabila melihat ibu tersayang pulang dari ibadah haji dalam keadaan murung, hanya kerana dilayan buruk dan dipulau ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd