Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPM 2024: Anak Pengawal Keselamatan Raih 9A+, Antara 11 Pelajar Terbaik Di Terengganu

Anak kepada seorang pengawal keselamatan dan tukang jahit berjaya mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul sebagai satu-satunya pelajar Sekolah Menengah Harian di Terengganu yang memperoleh semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. Lebih manis, Amirul Bukhari Aminuddin, 18, turut tersenarai antara 11 pelajar terbaik negeri ini.

Menurut laporan Buletin TV3, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, Seberang Takir itu mengakui tidak menyangka akan meraih keputusan cemerlang apabila hanya memperoleh 6A dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.

“Saya tak sangka dapat 9A+, saya rasa bangga saya salah seorang yang dapat keputusan cemerlang di sekolah harian biasa,” katanya

Foto: Buletin TV3

Kejayaan Amirul ternyata mengundang rasa syukur dan sebak kedua ibu bapanya yang tidak mampu menahan air mata kegembiraan.

Bapanya, Aminuddin Muda, 60, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tumboh berkata, beliau akan terus menyokong impian anak bongsunya itu untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mengejar cita-cita sebagai guru Bahasa Inggeris.

“Syukur Alhamdulillah, tak sangka dia dapat 9A, lepas ini dia nak mohon masuk IPG, nak jadi guru Bahasa Inggeris,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Rohaiza Mohd Ismail, 56, yang bekerja sebagai tukang jahit, menyifatkan kejayaan Amirul adalah hasil daripada usaha gigih dan doa yang tidak pernah putus.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tak dapat nak gambarkan, syukur Alhamdulillah lah, apa yang telah dia usahakan, pergi sekolah hari-hari dan tuisyen serta malam-malam bangun buat solat hajat dan tahajjud dipermudahkan oleh Allah setelah mendapat keputusan cemerlang.
“Dia seorang anak yang baik, kita selalu bagi semangat kepadanya,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, seramai 11 calon SPM 2024 di Terengganu berjaya memperoleh keputusan tertinggi dengan semua A+ dalam mata pelajaran yang diambil.

Foto: Media Sosial

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Rosli Chik, memaklumkan jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang merekodkan lapan calon.

Kata Rosli, secara keseluruhan, seramai 532 calon atau 3.19 peratus memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran, meningkat daripada 464 calon (2.83 peratus) pada tahun sebelumnya.

Sumber: Buletin TV3 (Mohd Ishak Abdillah Ngah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa menjelaskan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson berlaku tanpa sengaja...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd