Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SOP Permohonan Tuntutan Faedah PERKESO Diperketat

Pertubuhan Keselamatan Pekerja dan Sosial (PERKESO) memperketatkan operasi prosedur operasi standard (SOP) bagi semua permohonan tuntutan faedah.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, langkah yang diambil adalah termasuk meningkatkan tahap pemantauan terutama daripada aspek kelulusan Jemaah Doktor (JD) bagi mengelak permohonan tuntutan palsu.

Foto: Harian Metro

“Kita akan tingkatkan dari segi maklumat diterima daripada doktor, contoh kes (tuntutan palsu) ini, doktor swasta dan jemaah doktor terlibat dalam (membantu) membuat tuntutan palsu.
“Mungkin di peringkat (kelulusan) jemaah doktor perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari segi pemantauan.
“Ketiga, proses dalaman bagi Perkeso, semua kes yang sampai akan diproses (dianggap) genuine (kes benar) kecuali kalau dibuktikan sebaliknya kerana kita tidak mahu lambatkan proses untuk memberi faedah kepada mereka yang mengalami bencana atau kemalangan,” katanya pada sidang media khas di Menara Perkeso, Kuala Lumpur hari ini.

Pihak PERKESO dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan kerjasama dalam siasatan dan menjalankan Ops Tunjang bagi membanteras kegiatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada beberapa hospital lain dikenal pasti, namun ia masih dalam siasatan.
“Kita tidak akan berhenti di sini, sebaliknya akan meneruskan siasatan. Mungkin ada lagi kes tuntutan palsu akan dikenal pasti dan tindakan susulan akan diambil untuk kita bekerjasama dengan SPRM,” ujarnya.

Foto: BERNAMA

Terdahulu, media melaporkan SPRM menahan 32 individu atas tuduhan terlibat dengan kegiatan kartel pemalsuan tuntutan faedah hilang upaya ke atas PERKESO di Pulau Pinang.

Sumber: Harian Metro (Mahaizura Abd Malik dan Ain Balqis Ahmad Parmy dan Fadhilahnur Amin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dalam usaha meredakan ketegangan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India mengadakan mesyuarat pertama bagi mencari titik pendamaian melibatkan isu yang timbul sejak...

Lokal

Sebanyak 14,000 ekor ayam diagihkan kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh menerusi 29 masjid sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Pegawai Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd