Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkukuh Kerjasama Tenaga Serantau, PETRA Berjaya Anjur 6 Mesyuarat Di SOME Ke-43

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) semalam telah berjaya menganjurkan enam mesyuarat tenaga peringkat tertinggi di Hotel Shreaton Kuching.

Ini menjadi tanda satu langkah penting ke hadapan dalam memperkukuh kerjasama tenaga serantau di bawah kepimpinan Malaysia selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Tenaga ASEAN (SOME) ke-43.

PETRA berjaya anjur 6 mesyuarat semasa SOME Ke-43

SOME Ke-43

“Mesyuarat-mesyuarat ini telah menghimpunkan wakil daripada Negara-Negara Anggota ASEAN, Rakan Dialog dan Organisasi Antarabangsa termasuk Australia, China, Jepun, Rusia, Amerika Syarikat, Asian Development Bank (ADB), International Energy Agency (IEA) dan International Renewable Energy Agency (IRENA) bagi membincangkan keutamaan tenaga serantau yang selari dengan ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) Fasa II (2021-2025),” kata PETRA dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, antara hasil utama daripada konsultasi ini merangkumi Mesyuarat East Asia Summit Energy Cooperation Task Force ke-30 yang mana mesyuarat ini mengambil maklum kemajuan pelaksanaan APAEC Fasa II (2021-2025).

“Perbincangan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kecekapan tenaga, pembangunan biofuel mampan dan peluasan tenaga boleh baharu dengan sumbangan bernilai daripada rakan dialog termasuk Australia, China, Jepun, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat,” ujar kenyataan itu lagi.

Selain itu, ia turut merangkumi Konsultasi SOME-METI ke-26 yang mana Malaysia dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) meneliti projek kerjasama sedia ada yang sedang dilaksanakan di bawah ASEAN-Japan Energy Efficiency Partnership (AJEEP) dan pelbagai inisiatif rendah karbon lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yang ketiga, konsultasi itu turut merangkumi Dialog Tenaga ASEAN-ADB ke-3 yang mana kemajuan ketara dicapai dalam pelaksanaan inisiatif ASEAN Power Grid dengan ADB membentangkan pelan kerja bagi tahun 2025-2026 yang memberi tumpuan kepada peralihan tenaga dan pembangunan infrastruktur mampan melalui rangka kerja pembiayaan inovatif.

Artikel lain: Setiap Tahun KKR perlukan RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan Raya Rosak – Menteri

PETRA juga berjaya menganjurkan Konsultasi SOME-Rusia ke-16 mengenai tenaga yang mana ia menyaksikan pelancaran projek ASEAN-Russia Capacity Building on Energy Statistics (ARCS) di samping meneroka potensi kerjasama dalam sektor minyak, gas dan tenaga nuklear.

Malaysia jadi Pengerusi bagi SOME ke-43

Pada masa yang sama, Konsultasi SOME-Amerika Syarikat ke-16 mengenai tenaga turut dilaksana yang mana ia memberi tumpuan kepada penyahkarbonan dan tenaga boleh baharu dengan para delegasi mengambil maklum kemajuan yang telah dicapai di bawah ASEAN-U.S.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sesi Dialog Bersama IEA & IRENA yang memberi perspektif global yang bernilai turut dilaksana, di mana IEA membentangkan Southeast Asia Energy Outlook 2025, manakala IRENA berkongsi perkembangan terkini dalam tren tenaga boleh baharu.

Kedua-dua IEA dan IRENA juga mengesahkan komitmen mereka dalam menyokong peralihan tenaga ASEAN.

Kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi SOME ke-43 menunjukkan komitmen tinggi negara dalam memastikan keselamatan tenaga serantau, menggalakkan inovasi teknologi dan memajukan penyelesaian tenaga mampan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuh perkongsian strategik, penjajaran dasar serta membangun strategi yang praktikal demi merealisasikan aspirasi bersama ASEAN ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih dan berdaya tahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd