Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

SKM Umum Dividen 3.60 Peratus Bagi ADK, Jumlah Agihan Pendapatan RM12.46 Juta

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) umum dividen bagi Akaun Deposit Koperasi, Kumpulan Wang Rizab Statutori (ADK-KWRS) kepada pendeposit koperasi sebanyak 3.60 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

SKM umum dividen 3.60 peratus bagi ADK

Pengerusinya Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, ia membabitkan jumlah agihan pendapatan sebanyak RM12.46juta kepada 904 koperasi termasuk Co-opbank Pertama (CBP) telah mendepositkan dana ke dalam ADK-KWRS dengan jumlah terkumpul RM411.2 juta.

“Jumlah ini telah meningkat kepada 904 buah Koperasi daripada 459 buah koperasi pada tahun 2023 dengan peningkatan sebanyak 97 peratus.
“Manakala jumlah keseluruhan deposit meningkat kepada RM411.2juta daripada RM312.5 juta pada tahun 2023 dengan peningkatan sebanyak 32 peratus,” katanya.

SKM umum dividen

SKM umum dividen pada Selasa

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengumuman dividen ADK-KWRS bagi tahun kewangan 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Turut hadir Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM Siti Azlin Ahmad Dauta dan anggota lembaga CBP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PTPTN Umum Dividen SSPN 3.60 Peratus Bagi 2023

SKM umum dividen

Ahmad Norihan berkata, peningkatan tersebut menunjukkan sektor koperasi terus relevan walaupun berdepan dengan ketidakstabilan ekonomi.

“Setakat bulan lalu, jumlah deposit di dalam akaun ADK sudah melebihi RM411.2juta dan merupakan satu prestasi yang sangat memberangsangkan kepada gerakan koperasi.
“Sebagai penghargaan, sebanyak 20 koperasi telah dipilih menerima sijil penghargaan agihan pendapatan ADK tahun 2024 daripada SKM,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa CBP telah dilantik semula sebagai Pengurus Dana ADK untuk tempoh lima tahun sehingga Oktober 2029.

“Ia sebagai inisiatif dibawah Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Koperasi oleh SKM bagi memperkasakan sektor koperasi,” katanya lagi.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd