Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Skandal Lombong Pasir: RM600,000 Ditemui Hasil Geledah Enam Premis – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan wang tunai berjumlah RM600,000 di sebuah premis dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli politik berpengaruh, semalam.

Foto: Kosmo!

Penggeledahan oleh SPRM itu dilakukan ekoran konsesi perlombongan pasir oleh syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penemuan wang itu di sebuah kediaman daripada enam premis yang digeledah SPRM.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seperti anda tahu ada enam premis telah digeledah SPRM dan antara penemuan adalah penyitaan wang sebanyak RM600,000 dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli politik.
“Wang tersebut ditemukan di sebuah kediaman di Lembah Klang,” katanya selepas Persidangan Meja Bulat KP SPRM bersama Bank-bank Komersial di sebuah hotel, hari ini.

Azam turut menjelaskan pihaknya telah menerima perintah reman selama enam hari terhadap seorang lagi individu berusia 45 tahun yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI selepas tahanan reman selama sehari oleh SPRM sebelum ini.

“Suspek sebelum ini kita tahan bersama seorang lagi suspek, namun dia (suspek) direman sehari.
“Pagi ini kita telah mendapat permohonan reman selama tujuh hari terhadap COO MBI bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Azam berkata, hampir kesemua premis adalah bukan kediaman milik suspek.

Bagaimanapun, hasil penemuan penggeledahan yang membabitkan sebuah kediaman dan lima unit pejabat di sekitar Lembah Klang itu tidak didedahkan.

Sumber: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd