Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siti Khadijah Menang Saman, Airaz Diperintah Bayar Ganti Rugi RM1.7 Juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Airaz Technologies Sdn. Bhd. membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM1.7 juta kepada Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. selepas didapati melanggar hak reka bentuk berdaftar milik syarikat itu.

Menurut laporan Malaysia Gazette, keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan tuntutan balas oleh Siti Khadijah, yang mendakwa reka bentuk produk ‘Telekung Suqainah Lite’ milik Airaz meniru secara langsung reka bentuk asal ‘Telekung Harmoni’ yang didaftarkan atas nama pengarah syarikat, Padzilah Enda Sulaiman.

Peguam Ahmad Hafiz Zubir yang mewakili Siti Khadijah berkata, mahkamah memerintahkan Airaz membayar sebanyak RM1,216,015.20 yang merupakan hasil keuntungan daripada penjualan produk ‘Suqainah Lite’ dan ‘Suqainah Luxe’.

Foto: dagangnews

Selain itu, Airaz turut diperintahkan membayar ganti rugi pampasan dan teladan sebanyak RM500,000 serta kos prosiding sebanyak RM5,000 kepada Siti Khadijah.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Hakim Adlin Abdul Majid dalam prosiding taksiran ganti rugi secara dalam talian pada 6 Mac lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Khadijah Apparel turut diwakili peguam Iman Danial Hakim.

Terdahulu, dalam penghakiman penuh yang dibuat pada Februari tahun lalu, mahkamah telah menolak tuntutan asal yang difailkan oleh Airaz bagi membatalkan pendaftaran reka bentuk ‘Telekung Harmoni’.

Mahkamah mendapati bahawa terdapat persamaan ketara pada bahagian kepala dan dagu antara ‘Suqainah Lite’ dan reka bentuk asal milik plaintif.

Hakim Azlan Sulaiman menyatakan dalam keputusannya bahawa setelah membuat penelitian terhadap sampel ‘Suqainah Lite’ dan membandingkannya dengan reka bentuk ‘Harmoni’, ciri-ciri penting reka bentuk ‘Harmoni’ turut wujud pada produk Airaz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Utusan Malaysia

Mahkamah juga menolak hujah Airaz bahawa reka bentuk ‘Telekung Harmoni’ bukanlah sesuatu yang baharu atau asli kerana mereka gagal mengemukakan bukti yang mencukupi.

Saman balas yang difailkan oleh Siti Khadijah pada 14 Disember 2022 mendakwa bahawa terdapat persamaan ketara pada bahagian kepala dan dagu ‘Telekung Suqainah Lite’ dengan reka bentuk asal mereka.

Syarikat itu juga menegaskan bahawa tindakan Airaz menjual, mengiklan dan mengedarkan produk tersebut merupakan satu pelanggaran hak reka bentuk perindustrian di bawah Seksyen 32 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Keputusan ini memberi isyarat tegas terhadap kepentingan perlindungan hak harta intelek dalam industri fesyen tempatan dan menjadi pengiktirafan terhadap reka bentuk asli yang didaftarkan secara sah.

Sumber: Malaysia Gazette (Norlizah Abas)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd