Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Simpan Mayat Isteri, Lelaki Berdepan Tuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di Seberang Perai hari ini atas tuduhan membunuh dan menyimpan mayat isterinya selama empat hari dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya, petang 8 Disember lalu.

Kes simpan mayat isteri

Menurut laporan Kosmo! Online, tertuduh Khairul Rizuan Abdullah, 28, tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, meskipun dia mengangguk tanda memahami.

simpan mayat isteri

Foto: Kosmo! Online

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun.

Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, sabitan kesalahan boleh disertai dengan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli manakala tertuduh hadir tanpa wakil peguam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Simpan Mayat Isteri: “Mangsa Mati Dilemaskan, Bukan Dikelar” – Pakar Patologi

Sepanjang prosiding, Anis Suhada tidak memohon jaminan sebaliknya hanya meminta tarikh sebutan bagi laporan kimia dan bedah siasat.

Mahkamah kemudiannya menolak permohonan ikat jamin tertuduh dan menetapkan 10 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

simpan mayat isteri

Foto: BH Online

Terdahulu, tertuduh menyerah diri di balai polis berhampiran sebelum ditahan pada 11 Disember lalu selepas disyaki membunuh dan menyimpat mayat isterinya Wan Khairul Safinah Ishak, 44, selama empat hari.

Sumber: Kosmo! Online (Siti Nor Mas Erah Amran)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd