Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Siap Ajak Buat ‘Ringan-Ringan’, Lelaki Dakwa Diintai Individu Tak Dikenali Di Tandas Stesen Minyak

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai Dua menghala ke Juru.

Diintai individu tak dikenali

Menerusi perkongsian yang tular di Threads, lelaki tersebut memaklumkan kejadian berlaku ketika dia sedang menggunakan tandas sebelum menyedari sesuatu yang mencurigakan di sebelah tandas terbabit

Menurutnya, pada awalnya dia tidak menyedari terdapat lubang pada dinding tandas kerana ia dikatakan ditutup dengan pita pelekat.

“Aku baik punya tengah memerut, tiba-tiba ada kaki masuk side tandas aku, disebabakan sakit perut punya fasal aku tak perasan ada lubang sebelah aku, lubang tu asalnya tertutup dengan tape.
“Tergerak hati nak kalih tengok, tiba-tiba nampak mata tengah mengendap, tunggu dekat 30 minit baru dia nak keluar,” kongsinya

Tambahnya, individu berkenaan dipercayai mengunci semua pintu tandas lain kecuali satu yang digunakan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih mengejutkan, pekerja stesen minyak berkenaan turut memaklumkan bahawa kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku.

“Pintu semua dia kunci, kecuali pintu hujung which is tandas yang aku masuk, tak pelik lagi masa ni, ingatkan tandas penuh, sebab sakit perut punya pasal aku pun masuk ja la kan, takkan nak tunggu pula.
“Memang aku nak bagi sebiji dah kat muka dia, lepastu pakcik petrol pump tu kata jangan. dah banyak kali dia buat benda ni, aku selalu masuk tandas tu takda lubang,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Tanggal Seluar, Pakai Tuala.. Lelaki Berkelakuan Tak Senonoh Dalam Masjid, Intai Jemaah Wanita

Mangsa juga mendakwa terdapat beberapa lubang lain pada dinding tandas yang dipercayai dibuat bagi tujuan mengintai pengguna lain.

Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan meluahkan rasa marah dan kesal, selain berharap orang ramai lebih berhati-hati, terutama ketika menggunakan tandas awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, masih tiada lagi pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Threads irwanramli_

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Seorang wanita meluahkan rasa lega selepas lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd