Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Setelah Lama Menyepi, Ailee Buat Kejutan Umum Bakal Berkahwin Tahun Depan

Setelah lama menyepi dari dunia hiburan, penyanyi Korea Selatan Ailee dilaporkan akan mendirikan rumah tangga rakan artis, Choi Si Hun pada tahun depan.

Menurut laporan Soompi, agensi Ailee iaitu A2Z Entertainment turut mengumumkan berita gembira itu melalui satu kenyataan, menyatakan bahawa pasangan itu memutuskan berkahwin setelah menerima restu daripada kedua-dua keluarga.

Foto: Soompi

“Setelah diperkenalkan oleh seorang kenalan, pasangan itu telah menjalinkan hubungan selama setahun. Dengan kasih sayang dan kepercayaan yang mendalam, mereka memutuskan untuk berkahwin.
“Kedua-dua keluarga telah merestui atas keputusan mereka, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan ucapan selamat selepas pengumuman tersebut,” kata agensi.

Foto: Instagram @aileeonline

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agensi turut berkata, pihak mereka akan memastikan bahawa penyanyi tersebut tidak akan mengabaikan aktivitinya sebagai idola, termasuk persembahan, persediaan album, dan siaran, walaupun semasa persiapan perkahwinannya.

Sementara itu, Ailee berkongsi surat yang penuh emosi dengan peminat melalui platform Reddit, secara peribadi mengumumkan perkahwinannya.

“Hello, ini Ailee.
“Saya ada sedikit berita yang ingin saya kongsikan secara langsung kepada Aileeans (kelab peminat rasmi Ailee).
“Setelah berita tentang hubungan saya dikongsi awal tahun lepas dan ramai antara anda yang memberikan ucapan tahniah, emosi saya tersentuh dan bercampur-aduk.  Saya harap anda semua dapat memahami mengapa saya perlu berdiam diri selepas itu.
“Sekarang, saya telah bertemu seseorang yang membenarkan saya bergantung padanya dan memberi sokongan. Sifat memahami dan prihatin orang ini membuatkan saya ingin menghabiskan sisa hidup saya bersamanya. Setelah setahun berpacaran, kami telah memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada bulan April tahun depan,” tulis Ailee.

Foto: Carian Google

Terdahulu, peminat penyanyi tersebut digemparkan dengan pendedahan hubungannya bersama Choi secara terbuka pada Mac 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Ailee mula mencipta nama dalam industri menerusi lakonan dalam drama Dream High 2 dan beberapa lagu hit termasuk I Will Go to You Like the First Snow dan Heaven.

Penyanyi balada itu juga baru menyelesaikan konsertnya, I AM: Here di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, pada 22 Jun lalu.

Sumber: Soompi 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon Song Jae-rim ditemui meninggal dunia pada usia 39 tahun, di apartmennya di Seoul, oleh seorang rakan yang sepatutnya keluar makan tengahari bersama petang...

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Sebanyak 80 peratus daripada 300 pengunjung yang berhibur di kelab malam Genting Discotheque dikendalikan Genting Hotel pada malam hujung minggu, majoriti dihadiri rakyat Malaysia...

Nasional

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial, bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd