Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Seramai 600 Orang Pekerja Lapangan Terbang Israel Diberi Cuti Tanpa Gaji

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Israel memutuskan untuk memberikan cuti tanpa gaji kepada 600 pekerjanya disebabkan trafik yang lengang di lapangan terbang tersebut.

Ekonomi nampaknya dah terjejas

Memetik laporan dari The Palestine Chronicle, situasi tersebut menunjukkan bahawa ekonomi di sana sedang terjejas teruk dan keputusan dibuat selepas ada perbincangan bersama jawatankuasa pekerja.

lapangan terbang israel

Semua syarikat luar henti penerbangan di Lapangan Terbang Israel

Perkara tersebut dinyatakan menerusi salah satu akhbar berbahasa Ibrani apabila mengatakan hampir semua syarikat penerbangan asing berhenti melakukan penerbangan ke  Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion disebabkan situasi perang di sana.

Seramai 600 pekerja akan diletakkan dalam cuti tanpa gaji.
“Pihak berkuasa lapangan terbang Israel berharap bahawa perang tidak akan mempengaruhi fungsi lapangan terbang, tetapi harapan berbeza daripada realiti.
“Sumber industri berkata, keputusan untuk meletakkan pekerja dalam cuti tanpa gaji dibuat hanya dalam beberapa hari kebelakangan ini, setelah melihat jangkaan Lapangan Terbang Ben Gurion tidak akan kembali beroperasi seperti biasa pada bulan Januari juga,” ujar sumber.

Pekerja Lapangan Terbang Israel ada yang dipanggil jadi tentera simpanan

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pekerja, Pinchas Idan berharap agar situasi buruk ini segera membaik secepat mungkin dan sektor pekerjaan akan pulih sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan,  lapangan terbang tersebut mempunyai 4,600 pekerja di mana 1,000 daripadanya dipanggil sebagai tentera simpanan.

lapangan terbang israel

Artikel lain: Tentera Israel Diserang Demam Panas, Cirit-Birit Akibat Keracunan Makanan

Ia tidak termasuk mereka yang menjalankan tugas sebagai tentera simpanan dan kira-kira 2,000 pekerja hanya akan bekerja untuk 75 peratus daripada kerja mereka.

Perjalanan ke sana dinyatakan mengalami penurunan yang mendadak sejak pelancaran operasi Taufan Al-Aqsa, dan perang Israel di Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kebanyakan syarikat antarabangsa menangguhkan penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Israel.

Sumber: The Palestine Chronicle

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Sosial

Seorang lelaki meluahkan rasa kesal selepas mendakwa kereta Perodua Axia miliknya dihimpit dua ambulans di kawasan parkir Hospital Seberang Jaya sehingga tidak dapat dikeluarkan,...

Politik

Undi Pos Belum Diputuskan! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pelaksanaan undi pos bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd