Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Melaka Cadang Semua Guru Dibenar Merotan Dengan Syarat, Mahu Tanam Rasa Hormat

Kerajaan negeri Melaka mencadangkan semua guru dibenarkan melaksanakan hukuman rotan di sekolah bagi menangani peningkatan kes ponteng dan penurunan disiplin pelajar, namun hanya dengan syarat tertentu.

Harap semua guru dibenar merotan dengan syarat

Memetik laporan daripada Kosmo! Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman, menegaskan hukuman fizikal bukan untuk menyeksa tetapi untuk mendidik, dan hanya melibatkan pelajar lelaki dengan persetujuan ibu bapa.

“Sebenaranya, ramai yang bersetuju hukuman rotan ini kerana pada zaman dahulu disiplin pelajar lebih terkawal kerana rotan bukan untuk menyeksa tetapi untuk mendidik, itu pun rotan hanya dikenakan kepada pelajar lelaki.
“InsyaAllah kalau Kabinet dan Kementerian Pendidikan bersetuju (cadangan rotan) semua guru boleh merotan tetapi ada peraturan dan tahapnya,” katanya.

 

Semua guru dibenar laksanakan hukuman fizikal

Namun begitu, Rahmad menyatakan ketika ini agak sukar untuk warga pendidik melaksanakan hukuman fizikal kerana sekiranya ibu bapa membuat laporan, guru terlibat berisiko dikenakan tindakan undang-undang.

“Sebab itu juga dalam cadangan baharu ini, antara syaratnya adalah mendapat persetujuan ibu bapa terlebih dahulu itu pun hanya melibatkan pelajar lelaki sahaja.
“Tujuan hukuman adalah untuk menanam rasa hormat pelajar terhadap guru. Supaya pelajar tidak lawan (biadap) dengan guru, kalau tak macam mana nak belajar?. Kalau hormat pelajar akan dengar dan belajar dengan baik,” ujarnya.

semua guru dibenar

Artikel lain: Pukul Guna Topi Keledar: Ahli Keluarga Pelajar Madrasah Ditahan, Halang Tugas Polis

Rahmad turut mendedahkan seramai 3,000 pelajar direkodkan ponteng sekolah setiap hari di Melaka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain cadangan rotan, kerajaan negeri juga mencadangkan tindakan tegas seperti menarik balik kelayakan pelajar terlibat daripada menerima sebarang bantuan kerajaan termasuk biasiswa, bagi memastikan disiplin dan rasa hormat pelajar terhadap guru terus dipupuk.

Sumber: Kosmo! (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd