Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selagi Ada Nama Dalam SSM, PBT Tidak Halang Warga Asing Berniaga Di Johor

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menghalang mana-mana warga asing yang ingin berniaga di negeri Johor selagi mempunyai nama dalam sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Memetik laporan Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, SSM tidak menghalang perniagaan warga asing selagi butiran mereka terdapat dalam sistem seperti yang termaktub Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

Foto: UMNO Online

Mohd. Jafni berkata, Jabatan Imigresen telah memberi kebenaran kepada warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan untuk bekerja di negeri berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagaimana ditetapkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, tiada halangan bagi warganegara asing menjalankan aktiviti perniagaan selagi nama mereka terdapat dalam maklumat pendaftaran SSM.
“Selain itu, bagi warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan, terdapat kebenaran daripada pihak Jabatan Imigresen untuk pasangan warganegara asing tersebut bekerja,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Beliau menjelaskan, sepanjang tempoh sah Pas Lawatan Sosial tersebut, mereka dibenarkan untuk bekerja, melakukan pekerjaan atau berniaga dengan syarat perniagaan itu adalah sah mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia.

Foto: Utusan Malaysia

“Bagi lesen penjaja, memang secara dasarnya kesemua 16 PBT tidak akan mengeluarkan lesen kepada bukan warganegara.
“Namun, pasangan mereka yang merupakan warganegara boleh mendapatkan lesen perniagaan atau lesen penjaja bagi menjalankan perniagaan di dalam kawasan pentadbiran PBT,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohamed Faizal Hashim)

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Seorang wanita meluahkan rasa lega selepas lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd