Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sebar Video Lama Wanita Menari, Exco Kelantan Tuntut Penjelasan Dari Akaun Facebook Amran Fans

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah tuntut penjelasan dari halaman Facebook, Amran Fans selepas mereka memuat naik semula rakaman video persembahan dipercayai tanpa lesen dan permit hiburan yang berlaku lebih setahun lalu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Hilmi berkata beliau menerima beberapa panggilan dan laporan dari orang ramai yang meminta penjelasan berkenaan video yang memaparkan seorang artis dikir wanita yang menyanyi sambil melakukan kelakuan kurang senonoh.

Katanya, selepas menerima laporan tersebut, beliau terus menghubungi dan mengarahkan Yang di Pertua Majlis Daerah Bachok, Shamsul Abu Bakar untuk melakukan siasatan segera berkaitan video yang disyaki berlaku di Bachok.

Exco Kelantan tuntut penjelasan dari Amran Fans

Exco Kelantan Tuntut penjelasan Dari Amran Fans

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil semakan segera mendapati rakaman persembahan tersebut telah berlaku lebih setahun daahulu dan dimuat naik semula oleh Amran Fans yang mempunyai jumlah pengikut seramai 361,000.
“Kebanyakan komen pembaca dalam posting tersebut menggambarkan bahawa hiburan tanpa permit tersebut baru berlaku semalam,” katanya.

Susulan itu, Hilmi menuntut penjelasan daripada pengendali Amran Fans berkenaan tujuan dan niat sebenar halaman itu memuat naik semula rakaman video hiburan tanpa lesen walaupun majlis tersebut berlaku lebih setahun lalu.

Artikel lain: Saya Melayu, Tapi Tak Malu Ada Darah India – Mahathir

Katanya lagi, tindakan Amran Fans memuat naik semula rakaman video tersebut telah memberikan gambaran kurang baik kepada penduduk Bachok.

Exco Kelantan Tuntut penjelasan Dari Amran Fans

Pada masa yang sama, tindakan itu juga memberikan gambaran seolah-olah Penguatkuasa Majlis Daerah membenarkan persembahan kurang senonoh oleh penyanyi wanita secara terbuka di depan khalayak tanpa sebarang lesen dan permit hiburan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sedangkan persembahan wanita demikian sudah lama tidak dianjurkan oleh mana-mana pihak, bahkan penyanyi wanita tersebut juga sudah lama tidak aktif dalam persembahan sedemikan dan sudah berhijrah ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Exco Kelantan Tuntut penjelasan Dari Amran Fans

Tambahnya, penganjuran hiburan sebegitu jelas bertentangan dengan Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan Negeri Kelantan 1998 disamping menyalahi Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 dan Pekeliling Negeri Bil 4/2003 dan boleh dikenakan hukuman di bawah Enakmen yang sama.

Sementara itu, Hilmi turut memohon kerjasama kepada orang ramai untuk membuat laporan dan menyalurkan maklumat kepada Majlis Daerah atau mana-mana pihak berkenaan sekiranya terdapat majlis sebegitu yang dibuat secara haram untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Amran Fans telah memuat naik satu video memaparkan wanita yang memakai baju kurung dan bertudung sedang menyanyi dikir barat sambil menari dangdut.

Wanita tersebut menyanyi dikir barat diiringi dengan muzik moden di hadapan orang ramai dan ditemani dua lelaki yang turut menyertai tarian wanita tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Hilmi Abdullah

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd