Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PM Minta Sarawak Bekal Elektrik Ke Filipina Melalui Sabah – Abang Johari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak bekal elektrik ke Filipina melalui Sabah bermula dari tahun hadapan.

Memetik laporan Sinar Harian, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata tenaga elektrik itu akan dihasilkan dari loji Janakuasa Kitaran Gabungan Turbin Gas berkapasiti 500 Megawatt (MW) di Miri serta tiga biji loji lain dengan kapasiti gabungan 1,500 MW di Bintulu.

PM minta Sarawak bekal elektrik ke Filipina

Sarawak bekal elektrik ke Filipina

Foto: Bernama

“Lebihan bekalan (elektrik) kita hantar ke Sabah, Perdana Menteri meminta kita hantar dari Sabah ke bahagian selatan Filipina, maknanya, kita membekalkan tenaga untuk ASEAN. Inilah kekuatan kita,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Affin Bank di Bintulu pada Isnin.

Artikel lain: Majlis Polemik Sejarah Malaysia Ke-53 Rungkai Fakta Sejarah, Perkasa Warisan Dan Budaya Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, Sarawak juga sedang dalam proses menghasilkan lebih banyak gas sintetik sebagai sumber penjanaan tenaga yang akan meletakkan negeri itu sebagai pengeluar tenaga utama ASEAN.

“Maknanya, ia mampan. Jika ini kekuatan kita, maka ia akan menyumbang kepada grid tenaga ASEAN,” katanya.

Sarawak bekal elektrik ke Filipina melalui Sabah

Foto: Bernama

Dalam majlis yang sama, Abang Johari turut meminta Affin Bank untuk mempercepatkan penubuhan pejabat serantaunya di Sarawak supaya lebih banyak pemain industri, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat memanfaatkan kemudahan kewangan mereka.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd